Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa yang Barisan Nasional (BN) tidak mempedulikan nasib rakyat yang sedang menderita menanggung kos sara hidup tinggi.

“Buat Abdul Rahman Dahlan dan menteri-menteri BN yang tak endah dengan rakyat miskin yang tak ada duit untuk berbelanja, saya rasa anda tidak sensitif yang jualan runcit menurun disebabkan (harga barangan asas) lebih mahal.

“Kamu masih tak rasa, tak simpati, tak empati ke atas masalah orang bawah dan kesengsaraan (yang dihadapi) kumpulan berpendapatan rendah dan orang miskin,” kata Lim dalam sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini lapor The Malaysian Insight. 

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata demikian merujuk kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Rahman Dahlan bahawa penurunan penjualan di pasar raya tidak mencerminkan pertumbuhan dalam jualan runcit bagi tiga suku pertama tahun lepas.

Kenyataan Abdul Rahman itu sebagai respons terhadap komen pemilik Mydin, Ameer Ali Mydin bahawa rekod penurunan penjualan pasar raya diakibatkan oleh kurangnya kuasa membeli rakyat.

Lim berhujah yang angka positif yang disebut Abdul Rahman itu, termasuk penjualan barangan mewah yang tidak relevan langsung untuk rakyat biasa.

“Dah tentu, kalau awak mampu beli cincin dan beg Hermes (peningkatan kos sara hidup) tak menjadi masalah (buat awak). Tapi saya tak bercakap tentang mereka.

“Kita bercakap tentang rakyat biasa. Awak nak petik semua angka-angka ini, (dan) adakah ianya penting untuk mereka yang makan gaji? kata Lim.

Tambahnya lagi, kerajaan persekutuan patut mengambil kira komen Ameer itu secara serius memandangkan pasar raya seperti Mydin lebih dekat dengan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

Dalam wawancara bersama stesen radio BFM itu, Ameer berkata harga barangan runcit seperti kubis dari Cameron Highlands naik 29% dalam tempoh lima tahun lalu, ikan kembung hitam 19%, sos cili jenama Maggi 38.8%, sardin Ayam Brand pula 30.6%.

“Inilah angka yang penting, di mana bila tengok pada apa yang Rahman Dahlan cakapkan, dia cakap mengenai angka makro. Ia tak penting (buat rakyat biasa).

“Ini adalah makanan yang dimakan oleh kumpulan berpendapatan rendah. Dan (harga) dah naik mencanak,” kata Lim.

Guan Eng turut mencabar Perdana Menteri Najib Razak menggunakan LRT dan bertemu sendiri tanya sendiri kepada penumpang adakah mereka ada wang yang cukup untuk hidup.

“Kamu tahu yang Mydin bukan pro-pembangkang. Mydin ini pro-Najib. Dia tunjukkan fakta. Buat kajian lah, jangan mula kacau dia (Ameer),” kata Lim.

Tambahnya lagi, kerajaan persekutuan mesti faham impak negatif cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikuatkuasakan pada April 2015.

“Rakyat biasa yang menderita, bukan sahaja di Kuala Lumpur, tapi seluruh Malaysia.

“Sebab GST, perniagaan jadi susah, dan rakyat tak cukup (wang) untuk berbelanja,” katanya lapor seperti The Malaysian Insight.

KLIK BACA: NFC rugi ratusan juta, hanya Rafizi yang salah dipenjara siapa nak jawab?

KLIK BACA: Tanpa GST kita bina macam-macam, HAPUS boleh kurang beban rakyat – Tun Mahathir

KLIK BACA: Bersangka baik Najib isu makam Rasulullah atau Najib kena berperangai BAIK?

KLIK BACA: Saya tak ambil sesen pun duit rakyat tetapi saya yang menanggung, kata Rafizi

KLIK BACA: 1MDB taja haji apa kata menteri agama, mufti dan ulama, soal Kadir Jasin

KLIK BACA: Dr Radzi pengkaji perakaunan forensik tinggalkan Umno kerana 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share