Najib Razak memberi jaminan kerajaan di bawah pimpinannya akan memulih dan memajukan Proton sehingga menempa nama di persada dunia. – Foto FMT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan komited untuk memastikan Proton dan Bandar Tanjung Malim tidak lenyap, sebaliknya menempa zaman yang lebih cemerlang.

Katanya berdasarkan kajian dijalankan oleh pihak kerajaan, masalah yang menimpa syarikat berkenaan adalah disebabkan model ekonomi berpaksikan semangat nasionalisme, bukannya global.

“Oleh kerana ada campur tangan politik dalam pentadbiran Proton, kita rasakan kita tidak akan biarkan Proton lenyap tetapi Proton perlukan sokongan dan dokongan kerajaan untuk dipulihkan,” katanya ketika berucap melancarkan Kluster Automotif Nasional @ Proton City di Tanjung Malim, hari ini.

Najib juga berkata rakan strategik yang dipilih Proton, Geely merupakan syarikat yang paling sesuai untuk memajukan Proton berdasarkan rekod pencapaiannya yang cemerlang. – Bernama

Nota Ana Ghoib: Mitsubishi, Toyota, Honda semua berpaksi semangat nasionalisme modal sendiri sebagaimana Proton City.

Bukan cara mudah jual kepada orang asing sedangkan Melayu MO1 tidak tahu menari disalahkan papan berjongkang jungkit.

Setiap negara di dunia diketahui memiliki produk popular sendiri namun dengan penjualan Proton maka produk Malaysia bertahap global cuma tinggal Durian Musang King yang dipopularkan oleh Cash is King.

KLIK VIDEO: Najib buktikan Malaysia tak bankrap, ramai rakyat melancong ke luar negara?

KLIK BACA: Darurat mungkin untuk halang PRU atau selepas keputusan PRU – Tun Mahathir

KLIK BACA: Najib sebar ‘berita palsu’ tentang 1MDB, kata Tony Pua

KLIK BACA: Adakah penjawat awam dapat layanan berbeza? Adakah berita ahli politik korup hanyalah #beritapalsu

KLIK BACA: Najib contohi akhlak Rasulullah lebih penting dari masuk makam

KLIK BACA: Menteri Umno disoal mana lojiknya rakyat perlu bersyukur kepimpinan Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share