Tun Dr Mahathir Mohamad yang berumur hampir seratus tahun terbukti tetap berani dan cekap memandu, walaupun pada kelajuan kira-kira 110km sejam malah sebelum ini melalui video di Facebook SiakapKeli beliau kelihatan memandu hampir 150km sejam.

Melalui video yang dimuatnaik semalam di Twitter bekas wartawan, Firdaus Abdullah mengaitkan cara pemanduan itu dengan suasana semasa politik negara.

“Kelajuan purata 110km/j… oleh lelaki berusia 93 tahun yang bersedia menjadi pemandu Malaysia sekali lagi.

“Ia akan menjadi perjalanan yang mantap untuk rakyat Malaysia seperti pernah dilalui dulu sebelum pencuri-pencuri merampas negara kita,” katanya.

Berbanding Najib, Dr Mahathir sering memandu sendiri kenderaannya pada hujung minggu manakala rakaman video dimuat naik Firdaus itu dibuat ketika Dr Mahathir memandu Proton Perdana dari rumahnya di Seri Kembangan ke Putrajaya. Jarak antara kedua-dua lokasi itu kira-kira 25km.

Proton adalah salah satu projek yang diilhamkan Dr Mahathir semasa beliau menjadi perdana menteri yang kini 49.9 peratus saham syarikat itu dimiliki pembuat kereta dari China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely).

Susulan itu pada tahun lalu Dr Mahathir menyatakan hasrat menubuhkan satu lagi syarikat membuat kereta tempatan.

Dimangsai akibat skandal 1MDB Dr Mahathir bersama sekumpulan pemimpin kanan Umno menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebelum menyertai Pakatan Harapan (HARAPAN) menentang Najib dan Umno.

Dr Mahathir dinamakan calon perdana menteri jika HARAPAN berjaya mengetepikan BN dalam pilihan raya umum ke 14.

KLIK VIDEO: Kadir Jasin dukacita berusaha tumbangkan Najib kerana…

KLIK BACA: Dr Mahathir: Orang muda fikir Najib ‘standard’ sebab tak pernah hidup di bawah pemerintahan saya

KLIK BACA: Najib merayu arahan mahkamah bela diri kes GANT1 mahu beliau, 1MDB dan kerajaan pulangkan bayaran kepada IPIC, Aabar BVI

KLIK BACANajib, Rosmah gagal batal saman Santamil Selvi balu PI Bala

KLIK BACA: Hadi Awang tergamak sindir Tun Mahathir!!!

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share