Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong. – Foto Paultan.org

PROTON Holdings Bhd (PROTON) telah menyerahkan 32 unit kereta bagi kegunaan operasi harian Edgenta Propel Bhd, yang adalah bahagian perkhidmatan infra dan unit milik penuh UEM Edgenta Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong, berkata hubungan PROTON dengan UEM Edgenta yang bermula lama sejak 2002, setakat ini menyaksikan pembelian sejumlah 236 unit kereta Proton menerusi program jualan korporat termasuk tambahan 30 unit Persona dan dua unit Perdana, baru-baru ini.

“Saya yakin kepercayaan itu ada kerana mereka yakinkan aspek kemampuan, kebolehpercayaan dan ketahanan kereta Proton yang telah mereka alami sendiri sejak bertahun lamanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Edgenta Propel memiliki 25 tahun pengalaman dalam industri pengurusan penyelenggaraan infrastruktur dan ketika ini mengendalikan, menyelenggara serta memantau lebih 2,500 kilometer lebuh raya, jalan raya negeri dan ladang-ladang di Malaysia. – BERNAMA

Nota Ana Ghoib: Perkara biasa. Kalau tanpa Geely China pun untuk membantu PROTON cara ini boleh tetapi Melayu tiadak kemahuan politik lebih kemahuan menggadai akibat marah dan dengki tunjuk kuasa.

Melayu sudah terbiasa bertuankan JEPUN dan BRITISH baru mereka mahu berdisiplin dalam kerja!

KLIK BACA: Saya tolong orang Melayu, bukan saya yang memburukkan, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Kenapa Duta Eropah yang mahu bertemu Mahathir, tak perlu bimbang?

KLIK BACA: Hadi Awang tergamak sindir Tun Mahathir!!!

KLIK BACA: Terima kasih Ku Li, lima tahun Najib jadi PM tanpa hak moral rupanya…

KLIK VIDEO: Jamal umpamakan Tun Mahathir Iblis kini jatuh sakit

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share