Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penjawat awam di negara ini lebih patriotik daripada sesetengah pihak tertentu.

Najib berkata tiada pihak lain yang mampu berbuat demikian sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah negara ketika ini.

“Jangan sampai tak bangga jadi rakyat Malaysia. Kalau tak bangga pi lah orang Kedah kata, pi jauh-jauhlah, tak payah (tinggal) di sini. Dia dah kaya, keluarga dah kaya, abang yang ada kereta mewah (dan) tersenarai antara orang yang terkaya di Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis pertemuan bersama penjawat awam persekutuan dan negeri di perkarangan Wisma Persekutuan di Kota Bharu, hari ini.

Perdana Menteri mengingatkan penjawat awam agar tidak mudah percaya dengan janji manis yang ditaburkan pihak tertentu yang cuba meraih sokongan mereka terutama menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Ini pembangkang kata kita nak mansuhkan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan). Mana nak dapat RM44 bilion? Jangan mansuh GST lepas itu cukai lain pula dikenakan. Banyak yang tipu (dengan janji pembangkang),” kata Najib.  – Bernama

POLISI CUKAI YANG MENEKAN ORANG MISKIN – Dr Muhammed Abdul Khalid

Nota Ana Ghoib: Cukai lain yang dikenakan bila GST sifar adalah cukai CGT [baca: cukai orang kaya] yang turut dilaksanakan di US dan Saudi serta ratusan negara lain namun enggan dilaksanakan MO1 yang suka menyembunyikan fakta?

Pandai berbakat keluarga kaya berniaga atas keistimewaan TDM dan rasanya rakyat Melayu yang rasional tiada dengki kerana mereka akhir menggaji puluhan ribu pekerja anak Malaysia tak termasuk pekerja anak Malaysia yang digaji kroni TDM.

Tetapi kroni kawan saya bilioair gaji siapa? Dana pencen sapa dia pakai? Hutang dan wang siapa yang lesap?

Syarikat 4-5 orang ada yang lari menyorok duduk kapal mewah atas laut takut balik malah yang paling hot kawan saya bikin filem separa lucah ada sebut FUCX lebih seribu kali dalam sebuah filem.

Janji engkau [sederhana] jangan menyusahkan orang untuk kaya apa susah sangat mencontohi TDM dan kroninya yang berjasa kemudian menyumbang kepada negara dan parti berbanding yang kerja curi-curi, kata orang tua akhirnya makan diri.

KLIK BACA: Apa kata Tun Dr Mahathir mengenai tekanan terhadap isterinya?

KLIK BACA: Najib berhati suci bagi duit, rakyat Kelantan sayang, puji Mustapa Mohamed

KLIK VIDEO: Jamal umpamakan Tun Mahathir Iblis kini jatuh sakit

KLIK BACA: Terkejut Siti Hasmah disiasat ingatkan Jho Low

KLIK BACA: “Meluat” lihat menteri pertahankan PM yang membebankan rakyat – Mukhriz

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share