Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Najib Razak. – Foto Utusan Online

Kota Bharu: Datuk Seri Najib Razak melontarkan janji untuk terus memberi peruntukan lebih kepada negeri Kelantan.

Menurut perdana menteri, beliau tidak sanggup melihat rakyat Kelantan terdera dan dipinggirkan daripada arus pembangunan negara.

“Takkan orang Kelantan kita nak pinggirkan. Takkan kita nak dera, jangan,” katanya ketika berucap di majlis Sepetang Bersama NGO Kelantan di Kota Bharu, hari ini lapor Malaysiakini.

Beliau berkata demikian sebagai membandingkan peruntukan yang disalurkan kerajaan persekutuan ketika zaman bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan di bawah pentadbirannya.

“Kita ada masa lagi untuk tambah peruntukan Kelantan. Sebab saya nak pembangunan yang inklusif, pembangunan yang seimbang, adil dan saksama.

“Nak undi atau tak undi kita itu hak mereka, tapi kali ini undi kitalah,” katanya bergurau.

Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang dalam ucapannya menyifatkan Najib sebagai seorang berhati suci dan disayangi rakyat Kelantan.

“Datuk Seri Najib ini antara sifatnya dia berhati suci, ramai yang berkenan dengan dia, rakyat Kelantan sayang.

“Sebab itu juga Raja Arab Saudi, Raja Salman pun berkenan pada dia, sebab itu presiden China berkawan rapat dengan beliau,” katanya lapor Malaysiakini lagi.

Allah berkata kepada Iblis dan manusia umumnya: “Maka Akulah Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan hanya perkara yang benar Aku firmankan [Qo’lafal Haqqu wal Haqqo Akul] – (Saad 38:84)

Nota Ana Ghoib: Puji-pujian adalah penyembelihan -Umar Al Khattab – “Kami diperintahkan oleh Rasulullah untuk menyiramkan pasir ke wajah orang-orang yang memuji.” (HR. Muslim]

*Pujian berlebihan menimbulkan ujub riak fitnah – Imam Nawawi

Wahai yang terpuji bagaimanakah rasanya memenjarakan orang?

Bak kata Nabi Isa a.s kepada kaumnya Bani Yahudi. “Engkau tinggalkan kebenaran supaya engkau dapat simpan budaya buruk kalian.”

Susunan risalah Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB –  Nasihat Ras Melayu

KLIK BACA: “Meluat” lihat menteri pertahankan PM yang membebankan rakyat – Mukhriz

KLIK VIDEO: Jamal umpamakan Tun Mahathir Iblis kini jatuh sakit

KLIK BACA: PRU14 pilih parti kurang mudarat sakit antara potong kepala atau kaki, pesan Dr Asri

KLIK BACA: Rafidah marah Siti Hasmah disiasat, bidas sampai tahap mana negara mahu dihina

KLIK BACA: Disambut baik, Dr Mahathir seperti zaman PM ketika bertemu Diplomat Kesatuan Eropah

KLIK BACA: Penyokong Zahid juga boleh lakukan undi rosak jika mahu beliau jadi PM

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share