Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos kini dilaporkan ditempatkan di hospital ekoran mengalami demam. – Foto-Facebook Mohd Azli Jaafar

Menurut Pegawai Khas Media beliau, Mohd Azli Jaafar, keadaan kesihatan Jamal tidak begitu baik sejak tiga hari lalu dan menerima rawatan di Hospital Ampang, lapor Sinar Online hari ini [26 Jan, 2018].

Untuk pengetahuan pada 21 Jun 2017 selepas pulang daripada mengerjakan umrah, Ketua Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengadakan sidang media berkenaan Department of Justice (DoJ) Amerika Syarikat berkait 1MDB.

Jamal memulakan sidang media itu dengan menyampaikan tazkirah asal-usul kejadian Nabi Adam A.S dan mengaitkan penanggguhan laknat Allah terhadap iblis dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Allah tangguh laknat terhadap iblis sehingga hari kiamat, begitu juga seorang lagi manusia diberi penangguhan iaitu Mahathir Mohamad. Sebab itulah umur beliau panjang sehingga 91 tahun dan masih lagi berupaya melakukan kerja-kerja seperti iblis – Inilah manusia berwatak dajal sebelum dajal sebenar muncul ke dunia ini,” katanya lapor portal MalaysiaGazette.

Jamal mengecam tindakan Tun Mahathir yang didakwa kononnya bersubahat dengan pihak luar untuk menjatuhkan kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak.

Nota Ana Ghoib: Pertama hendak ditegur [gambar] Jamal tidur buka kopiah jangan memakai kopiah nampak di belakang kepala umpama meniru cara Yahudi atau seperti songkok Pak Pandir.

Kedua hendak dicakap demam itu – menurut hadis adalah antara bahang-bahang panas api neraka disampaikan kepada manusia dan menurut riwayat Abu Hurairah r.a suka kepada demam sebab ia menjalar ke seluruh badan dan menjadi penasihat yang baik baginya.

Jamal yang kaya AP tercipta dari zaman Mahathir kepada era Najib masih tak insaf ketika berniat mahu meludah tangan Tun Mahathir di Sg Kapar Indah, Kapar – 2 minggu selepas itu hidungnya berdarah ditumbuk polis di Kuala Lumpur.

Janganlah berpolitik melampau-lampau benci sedangkan mungkin ia baik bagi kamu atau sebaliknya sedang Mahathir cuma mahu Najib turun secara sukarela atau melalui PRU -mengapa tergamak membabitkan iblis laknat Allah sampai tak terfikir laknat kena pada diri sendiri?

Berpada-padalah berpolitik [political animal] jauh dalam hati kamu tahu betul apa yang dicakapkan orang tua Mahathir tetapi kerana kepentingan dunia kamu kelabu mata.

Jamal menuduh Mahathir umpama melakukan kerja-kerja Iblis?  Cuba bayangkan jika tidak ada pendedahan WSJ dan DOJ bermakna wang yang lesap menjadi hutang itu dianggap cuma kesilapan bijak perniagaan lalu dibebankan kepada negara serta rakyat.

Kalau begitu Mahathir iblis yang bekerja untuk Nabi Sulaiman mencari mutiara berharga di dasar lautan tetapi tidak! dia Mahathir manusia biasa yang melakukan kebaikan bekerja untuk negara penegak keadilan-kebenaran namun cuma manusia berhawa syaitan sahaja yang tidak senang lalu melaknat orang tua yang berusaha malah menyiasat isterinya pula.

Yang pasti di dalam Al Quran Allah melaknat kaum Yahudi kerana menyembunyikan kebenaran dan memutar belitnya sedangkan Bani Melayu kepada Ana Ghoib cuma menunggu masa pengadilan akhirat. [Rujuk: Mungkin Jumaat ini..?]

Melaknat orang tua sendiri menurut Rasulullah SAW ialah apabila kamu melaknat orang tua orang lain dan orang itu membalas melaknat orang tua kamu.

Kepada yang mulut celupar tunggulah kamu sendiri menggunting lidah dari gunting api neraka atau yang memakan haram [rasuah, riba] diseret dalam neraka hingga terburai isi perutnya.

Allah berkata kepada Iblis dan manusia umumnya: “Maka Akulah Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan hanya perkara yang benar Aku firmankan [Qo’lafal Haqqu wal Haqqo Akul] – (Saad 38:84)

Bak kata Nabi Isa a.s kepada kaumnya Bani Yahudi. “Engkau tinggalkan kebenaran supaya engkau dapat simpan budaya buruk kalian.”

Susunan risalah Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB –  Nasihat Ras Melayu

KLIK BACA: Najib berhati suci bagi duit, rakyat Kelantan sayang, puji Mustapa Mohamed

KLIK BACA: Rafidah: Zahid tolonglah jangan mengarut derma Najib…

KLIK BACA: Umno diseru bangkitkan semangat pemberontak Melayu – Tengku Putra Haron Aminurrashid

KLIK BACA: Pengawal ditarik, Tun M jelaskan kalau Najib didapati tidak bersalah dia akan terima layanan sama seperti bekas PM 

KLIK BACA: Peguam Negara Apandi Ali boleh didakwa kerana tidak mendakwa? – Hanipa Maidin

KLIK VIDEO: Najib orang berada kaya sejak kecil – Nazilah Idris 

KLIK BACA: Najib masih tertanya-tanya benci dan marah rakyat terhadap dirinya dan kawan-kawan – Malam Jahanam Barisan Nasional

KLIK BACA: Surat terbuka bekas polis cawangan khas Datuk Hamid Bador didedahkan

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share