Dr Mahathir menggesa pengundi pada PRU14 untuk memilih sebuah kerajaan yang sudah terbukti mempunyai rekod yang baik berbanding sekarang.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi PM memimpin negara sejak 1981 hingga 2003, mendakwa kehidupan rakyat semakin susah di bawah kerajaan sedia ada.

“Kita perlu kembali kepada kerajaan yang telah terbukti kebolehannya membangunkan negara berbanding (kerajaan) sekarang.

“Sekarang kita menderita. Dahulu tiada soal (susah) nak dapat kerja, biasiswa, lesen dan (peluang) perniagaan,” katanya dalam video LIVE Facebook hari ini.

Tun Mahathir calon perdana menteri harapan menjawab soalan propaganda Umno bahawa orang Melayu akan kehilangan kuasa jika kerajaan hari ini disingkirkan.

Beliau berkata ia tidak akan berlaku dan Umno tidak lagi mewakili orang Melayu.

“Saya fikir Umno bukan lagi (tentang) Melayu. Kalau inilah kuasa Melayu, (kuasa) utnuk menghilangkan duit, haruskah kita kekalkan?

“Kuasa Melayu tak akan hilang jika kita pilih orang yang tiada sejarah mencuri duit,” katanya.

KLIK BACA: Pengakuan Najib 1MDB gagal lakonan pilihan raya atau pengakuan jujur? petanda kambing hitam akan dimangsakan?

KLIK BACA: Pemimpin Umno-Pas hidup mewah, penyokong hidup kesempitan – A Kadir Jasin

KLIK BACA: Giliran Dr Mahathir soal ulama berkenaan hukum halal haram duit curi, haji, politik

KLIK BACA: Tanah Felda di Jalan Semarak hilang buat selama-lamanya, kata Rafizi

KLIK BACA: Pelik Bank Negara beli tanah 2 bilion cetak wang baru 2 bilion – Datuk A Kadir Jasin

KLIK BACA: Kalau tukar PM Hadi Awang negara boleh jadi lebih baik tak Tuan Ibrahim?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share