Presiden Indonesia Joko Widodo dilaporkan mengajak golongan penggemar motosikal membuat kembara motosikal ke Kalimantan atau Papua.

Ajakan itu dinyatakan Presiden Jokowi kepada salah seorang penggiat bidang motosikal custom, Herett Prasetyo selepas menyerahkan motosikal yang dipesannya di Kompleks Istana Kepresidenan, Bogor hari ini.

Herett yang juga merupakan salah seorang pengasas Elders Garage, bengkel yang aktif dalam komuniti motosikal custom di Indonesia berkata, Jokowi sangat memberi sokongan terhadap industri kreatif termasuklah dalam bidang berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan Jokowi membeli sebuah motosikal chopper pada harga Rp140 juta (RM41,000).

Kompas memetik pihak istana sebagai berkata, Jokowi menggunakan wang peribadi untuk membeli chopper itu.

Chopper berwarna emas hasil kreativiti bengkel custom Elders Garage dan Kick Ass Chopper itu diubah suai daripada motosikal Royal Enfield Bullet berkapasiti 350cc dan kini dinamakan sebagai ‘Chopper RI1’.

Kementerian Sekretariat Indonesia melalui akaun Instagram rasmi jabatan berkenaan hari ini memaparkan Jokowi berdiri di hadapan motosikal chopper berkenaan sambil berbual dengan beberapa anak muda.

Rata-rata komen pengguna laman sosial berkenaan memuji presiden itu sebagai ‘keren’ (cool) dan mengucapkan ‘salam dua periode’ – slogan yang digunakan penyokong Jokowi dalam berkempen agar beliau diangkat sekali lagi menjawat jawatan presiden.

Jokowi menjadi presiden pada 2014 dan penggal pertama pentadbiran beliau dijangka berakhir pada tahun hadapan.

KLIK BACA: Biar Malaysia cipta rekod tumbangnya seorang kleptokrat kepada lelaki berusia 93 tahun

KLIK BACA: Kalau tukar PM Hadi Awang negara boleh jadi lebih baik tak Tuan Ibrahim?

KLIK BACA: Dr Mahathir, anak Najib diseru nasihat bapa sendiri etika hidup Tun Razak

KLIK BACA: Antara ‘dua kejahatan’ jangan pilih mana-mana, kata Ahmad Fadhli Naib Ketua Pemuda PAS

KLIK BACA: Doa Najib di Mekah tanah Felda dapat semula, kata Shahrir

KLIK BACA: Mahathir calon PM gembirakan pelabur asing – ringit naik, kata bekas Timbalan Pengarah Bank Negara

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE