Dr Nader Hashemi percaya Trump tidak mempedulikan Malaysia dan menganggap Malaysia sebagai negara tidak penting di peringkat antarabangsa. – Foto FMT

Sarjana dari Amerika Syarikat (AS), Dr Nader Hashemi menasihatkan Datuk Seri Najib Razak menamatkan persahabatannya dengan Donald Trump kerana presiden Amerika Syarikat tidak mempedulikan Malaysia.

“Saya syak Trump tidak dapat mengesan Malaysia di dalam peta,” katanya.

Beliau mengulas keputusan AS tidak memasukkan Malaysia atau negara lain dalam senarai terkini negara dikecualikan visa.

Hashemi, pakar dalam politik Islam percaya Trump menganggap Malaysia sebagai negara tidak penting di peringkat antarabangsa.

Beliau yang mengetuai Pusat Pengajian Timur Tengah di Sekolah Pengajian Antarabangsa di Universiti Denver, turut menyifatkan keputusan AS itu sebagai “halangan besar” kepada rakyat Malaysia.

“Najib berulang kali merujuk Trump, dengan ketaksuban anti-Islam bodohnya, sebagai ‘kawan saya’. Sekarang jelas persahabatan Najib tidak dibalas Trump.” – Sumber ihsan FMT

KLIK BACA: Biar Malaysia cipta rekod tumbangnya seorang kleptokrat kepada lelaki berusia 93 tahun

KLIK BACA: Nazifuddin Najib seru Tun Mahathir ‘kembali ke pangkal jalan’

VIDEO: Najib ‘bintang’ BBC House of Saud isu korupsi di Arab Saudi

KLIK BACA: Antara ‘dua kejahatan’ jangan pilih mana-mana, kata Ahmad Fadhli Naib Ketua Pemuda PAS

KLIK BACA: Doa Najib di Mekah tanah Felda dapat semula, kata Shahrir

KLIK BACA: Mahathir calon PM gembirakan pelabur asing – ringit naik, kata bekas Timbalan Pengarah Bank Negara

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share