Kerajaan India mengumumkan tidak lagi memberikan “subsidi” untuk jemaah haji selari dengan perintah mahkamah tinggi di negara itu. – Gambar EPA, 17 Januari, 2018.

“Perlembagaan Mahkamah Agung semasa Kongres rejim pada 2012, mengarahkan subsidi haji dihapuskan. Justeru, dalam dasar baharu itu, mengikut cadangan jawatankuasa, memutuskan untuk subsidi dimansuhkan secara berperingkat,” kata Menteri Hal Ehwal Minoriti, Mukhtar Abbas Naqvi pada Selasa.

Pada tahun ini, 175,000 umat Islam India dijangka menunaikan haji, berdasarkan kuota ditetapkan Arab Saudi.

Naqvi berkata, kerajaan Parti Bharatiya Janata (BJP) mahu “memperkasakan” umat Islam dan dengan menghapuskan subsidi adalah satu langkah ke arah itu.

Jumlah subsidi, yang kebanyakannya diberikan dalam bentuk diskaun tiket penerbangan, beransur-ansur diturunkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, berdasarkan perintah mahkamah yang mahu subsidi dihapuskan menjelang 2022.

Kebanyakan masyarakat Islam tidak peduli dengan penarikan balik subsidi itu, kerana ia dianggap tidak penting dan langkah berkenaan, digunakan bagi membantu syarikat penerbangan negara Air India, yang mengalami kerugian memandangkan penerbangan itu mengangkut sebahagian besar jemaah haji.

Pemimpin kanan parti Kongres, Ghulam Nabi Azad berkata, mereka yang memperoleh manfaat sebenar daripada pemberiaan subsidi itu, ialah syarikat penerbangan, khususnya Air India dan bukannya para jemaah.

“Tambang biasa untuk ke Jeddah dari mana-mana negeri di India, jauh lebih rendah berbanding apa yang ditawarkan syarikat penerbangan,” katanya.

Beberapa individu Islam yang berkepentingan mahu kerajaan membenarkan syarikat penerbangan bersaing untuk mengangkut jemaah haji, supaya orang ramai boleh mendapatkan tawaran serta perkhidmatan lebih baik.

Presiden Majlis-e-Ittehad-ul Muslimeen (AIMIM) India, Asaduddin Owaisi berkata, kerajaan “terlalu banyak merungut” untuk lebih dua bilion rupee (kira-kira AS$30 juta) subsidi yang akan diberikan tahun ini. – Bernama

KLIK BACA: Mahathir bagi subsidi sekarang Najib perah duit rakyat, kata anak bekas presiden PAS

KLIK BACA: Mahathir calon PM gembirakan pelabur asing – ringit naik, kata bekas Timbalan Pengarah Bank Negara

KLIK BACA: Dr Mahathir akan aktif kempen PRU14 di Pekan, jihad terbesar pengundi jatuhkan Najib

KLIK BACA: Doa Najib di Mekah tanah Felda dapat semula, kata Shahrir

KLIK BACA: Kalau mereka jual tanah Felda itu kepada pihak ketiga, habislah tanah kita, kata Shahrir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share