Strategi Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri pengganti Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat mempengaruhi trend pengukuhan nilai tukaran mata wang ringgit, kata penganalisis ekonomi.

Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob berkata, keadaan itu dapat dilihat sebelum ini bahawa keyakinan pelabur terhadap ringgit agak goyah.

“Ini tidak boleh dinafikan. Ada tanggapan keberanian Pakatan Harapan mengumumkan calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri menggembirakan pelabur asing.

“Kita boleh jangka jika Pakatan Harapan menang, pelabur akan lebih berminat melabur di Malaysia.

“Bermakna pelaburan asing langsung ke Malaysia dijangka melonjak. Reaksi awal pelabur asing memang begitu, mereka gembira dengan pengumuman itu,” katanya seperti dilapor SelangorKini.

Pelaburan asing yang tulen tidak menjual tanah negara menjadi hak milik asing serta bukan negara pelabur mencari dana di dalam negara di mana sepatutnya mereka membawa masuk dana sendiri apatah lagi jika Malaysia berhutang dengan mereka.

Beliau berkata, pengalaman panjang calon Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi persepsi positif di mata masyarakat perdagangan terhadap masa depan ekonomi negara.

Pada masa sama, Rosli berkata, peningkatan nilai ringgit turut dipengaruhi faktor lain seperti harga minyak di pasaran antarabangsa, hutang negara, pertumbuhan eksport dan kawalan import.

Portal MalaysiaDateline melaporkan sejak penghujung 2017, pemilihan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri PH mula menjadi perbualan dalam kalangan pemerhati politik negara sehingga menjadi tajuk berita beberapa media tempatan dan antarabangsa.

Seiring dengan perkembangan politik itu, aliran nilai ringgit turut bergerak positif sehingga pada 5 Januari lalu nilai ringgit mencecah RM3.99 bagi satu dolar AS.

Aliran positif itu terus kekal apabila pada 7 Januari, Pakatan pada Konvensyen Pakatan Harapan 2018 secara rasmi menamakan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Malaysia ketujuh dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula calon Timbalan Perdana Menteri.

KLIK BACA: Najib berhati suci bagi duit, rakyat Kelantan sayang, puji Mustapa Mohamed

KLIK VIDEO: Jamal umpamakan Tun Mahathir Iblis kini jatuh sakit

KLIK BACA: Najib sindir siapa orang kaya keluarga kaya abang ada kereta mewah?

KLIK BACA: Doa Najib di Mekah tanah Felda dapat semula, kata Shahrir

CLICK READ: Hasmah as wife of Prime Minister was First Lady of my house, says Mahathir

KLIK BACA: Najib pulangkan derma ribuan JUTA kepada siapa sebenarnya?

KLIK BACA: Mahathir bagi subsidi sekarang Najib perah duit rakyat, kata anak bekas presiden PAS

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share