Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menjelaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat dalam pertukaran hak milik tanah Felda kepada Synergy Promenade Sdn Bhd.

Shahrir memberi alasan pihak Pejabat Perdana Menteri (PMO) sendiri tidak mengetahui mengenai isu pertukaran tersebut sehingga meminta siasatan audit mengenainya dilakukan.

Kalau PM [Najib] tahu, takkan dia suruh kita (Felda) siasat, buat laporan polis. Ini tindakan dibawa oleh PM. PM yang arahkan untuk ambil tindakan,” katanya seperti dilapor Malaysiakini selepas sidang media pertukaran hak milik tanah Felda di Menara Felda, semalam.

Shahrir berkata demikian selepas ditanya mengenai kenyataan Presiden PKR Rafizi Ramli yang mendesak beliau menjawab sama ada Najib terlibat memberi kelulusan pertukaran tanah itu atau tidak, memandangkan Felda berada dibawah PMO.

Shahrir kemudian menyindir Rafizi mengenai kejayaan pertukaran tanah itu mungkin doa dari perdana menteri ketika menunaikan umrah minggu lalu.

“Cakap dengan Rafizi mungkin ini doa PM pergi ke mekah, raudhah untuk kebaikan kita semua,” katanya lapor Malaysiakini.

Photo Jami’ al-Kabir Sana’a, Picture of False Kaabah of Sanaa Yemen

Nota Ana Ghoib: Maaf kata suruh siasat dan audit itu ulangan ayat dalam TIN Tuan Besar ‘untouchable’ dari kes 1MDB dan SRC juga MARA selepas itu OSA – siapa dedah penjara!

Muslihat apa entah begitu kemaruk mahu menjadi menteri kewangan setelah berderet-deret skandal.

Manakala setiap hari hanya berita dia yang terlalu sombong mencukai, licik, bijak dan kaya dan keluarganya sahaja diselang-seli dengan berita rungutan hidup rakyat tambah memualkan aksi badut mempertahan tindakan bodoh.

Muslihat menjual nama dan tempat – teringat HAKIKAT tindakan Raja Yaman yang kafir membuat Kaabah Palsu dan menyuruh panglimanya Abrahah dengan tentera bergajah merosakkan Kaabah sebenar supaya projeknya menjadi tumpuan menjana ekonomi seperti di Mekah.

Ayat di bawah mengenai Mekah dan amaran Allah kepada yang kufur ingkar tetapi diberinya kesenangan kemewahan namun balasannya neraka yang pasti.

Mustahil bukan orang berlagak kaya terhormat mulia ternama ramai pengikut tetapi masuk neraka kerana bercakap dusta dan bermuka-muka mengelak pengadilan penghakiman adil di dunia?

Allah berfirman:” (Permohonanmu Ibrahim untuk Makkah itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali”. (Al-Baqarah 2:126)

Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka). – (Faatir 35:5)

Sesiapa yang mahukan kemuliaan (berusahalah mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik,  dan amal yang soleh pula di angkatnya naik. Sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa. – (Faatir 35:10)

Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. – (A-li’Imraan 3:99)

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan aneh…

KLIK BACA: Kalau mereka jual tanah Felda itu kepada pihak ketiga, habislah tanah kita, kata Shahrir

KLIK BACA: ‘Mahathir dulu beri subsidi, Najib sekarang perah poket rakyat’

KLIK BACA: Lulusan universiti jual nasi lemak sebab kerajaan gagal memalukan Malaysia, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Dr Mahathir akan aktif kempen PRU14 di Pekan, jihad terbesar pengundi jatuhkan Najib

KLIK BACAFelda: Jika bukan Najib, siapa?

KLIK BACA: Najib pulangkan derma ribuan JUTA kepada siapa sebenarnya?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share