PAS era Hadi perlu dijauhi semua pengundi dalam PRU14 kerana dilihat cenderung Umno-BN. – Foto ihsan FMT

oleh Shahbudin Husin

Kata Hadi Awang, sekiranya Pas berjaya mendapat 40 kerusi dalam pilihanraya akan datang, parti itu akan menjadi tempat pergantungan kepada parti-parti lain yang ingin menubuhkan kerajaan.

“Jika Pas boleh mendapat 40 kerusi Parlimen, parti lain yang tak boleh nak tubuh kerajaan akan bergantung kepada 40 kerusi ini.

“Walau pun parti lain ada 100 kerusi atau 80 kerusi, kerana nak tubuh kerajaan kena ada minima 112 kerusi.

“Jika PAS ada 40 kerusi, bermakna kita akan menjadi tempat kebergantungan siapa yang nak tubuh kerajaan.

“Dengan 40 kerusi ini kita (PAS) ada pengaruh dan boleh minta macam-macam,” kata Presiden Pas itu seperti dilapor Harakah.

Dengan kenyataan di atas, apa yang nyata ialah ia menyerlahkan betapa besarnya nafsu politik Pas sekarang ini.

Pertama, dia mahu menang 40 kerusi dan kemudian boleh memilih kerajaan mana-mana yang dikehendakinya untuk memerintah negara ini.

Sebenarnya itu cuma kata-kata politik Hadi saja. Apa pun keadaannya pilihan Hadi tetap Najib, UMNO dan BN.

Kalau PH kekurangan kerusi untuk menubuhkan kerajaan, Pas tidak mungkin akan mencukupkannya. Sebaliknya jika BN yang tidak cukup kerusi, Pas pasti dengan senang hati menawarkan kerusi-kerusinya.

Katalah PH nanti ada 100 kerusi dan BN cuma ada 80 kerusi, pilihan Pas tetap BN.

Tak usahlah Hadi berdrama lagi tentang pilihannya kerana sikap beliau terhadap Tun Mahathir, Bersatu, DAP, Amanah yang merupakan anggota PH bukanlah rahsia lagi.

Begitu juga sikap dan pendiriannya terhadap Najib, UMNO dan BN bukanlah rahsia untuk difahami oleh sesiapa pun jua.

Segala-galanya sudah terang lagi bersuluh ibaratnya.

Jadi, tidak guna memberi waima satu kerusi pun kepada Pas sebenarnya. Mereka adalah talian hayat kepada Najib, UMNO dan BN semata-mata.

Bertanding sendirian dan membiarkan berlakunya pertandingan tiga penjuru untuk menyelamatkan Najib, UMNO serta BN dan sekiranya menang pun, itulah juga tujuan Pas dan Hadi.

Biarkan Pas kali ini, kalau boleh tidak mendapat walau kerusi pun dan jadikan nasib mereka bersama-sama dengan UMNO dan BN untuk meratapi kekalahan.

Yang kedua, kata Hadi juga, dengan adanya 40 kerusi itu mereka boleh minta macam-macam daripada pihak yang ingin bekerjasama dengan mereka.

Itukah sikap dan perangai parti yang memperjuangkan Islam – tujuannya hanya nak minta macam-macam?

Sekali lagi, ini adalah petunjuk bahawa kita tidak harus memberi walau satu kerusi kemenangan kepada Pas kerana jika menang, tujuannya hanya nak minta macam-macam, sudah tentunya semuanya untuk kelompok dan diri sendiri, bukan demi rakyat dan perjuangan Islam.

Inilah Pas era Hadi, Pas yang perlu dijauhi oleh semua pengundi.

*Shahbudin Husin adalah penulis buku kritik politik terkenal. Artikel adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili pendirian MalaysiaDreamNews.

KLIK BACA: Selepas Dr Mahathir jadi PM mustahil wujud kerajaan suami isteri Anwar dan Dr Wan Azizah

KLIK BACA: Tun Mahathir saja boleh selesai krisis hutang negara, kata Shafie Apdal

KLIK BACA: Taubat sebelum matahari terbit dari barat – Hadi Awang

KLIK BACA: Datuk Seri Anwar jelas utamakan negara lebih dari dirinya, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Beri rasuah untuk jaga silaturrahim ‘kepala bapak dia’, kecam Mat Sabu

KLIK BACA: Najib pulangkan derma ribuan JUTA kepada siapa sebenarnya?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share