Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Datuk Seri Najib Razak berhenti menggunakan khidmat konsultan asing sebagai penasihat kerajaan, sebaliknya perdana menteri perlu mencontohi tindakannya menggunakan pegawai tempatan sepenuhnya.

“Tindakan berkenaan (ambil konsultan luar negara) amat merugikan negara dan memberi gambaran tidak ada pegawai tempatan yang berkelayakan menggalas tugas berkenaan.

“Kita perlu hentikan tabiat ambil konsultan dari luar negara yang kosnya amat tinggi, berbilion ringgit digunakan untuk menggaji konsultan luar,” katanya.

Pengerusi PH itu berkata, pegawai tempatan ketika ini mempunyai cukup kepakaran untuk menasihatkan kerajaan.

“Negara kita telah dapat dibangunkan sehingga diiktiraf dunia sebagai satu daripada ‘Asean Tiger’ tanpa menggunakan konsultan dari negara lain.

“Kita punyai cukup kepakaran di kalangan pegawai kita untuk menasihatkan kerajaan tentang apa yang baik bagi dilakukan kerajaan Malaysia.”

Sementara itu, Dr Mahathir mengakui terlalu ramai pekerja asing di negara ini, iaitu melebihi 7.2 juta orang. – MDN

KLIK BACA: PRU14 sebelum Anwar bebas kalau tak ‘masalah’, kata Prof Redzuan Othman

KLIK BACA: Kita beri Najib kuasa lebih banyak tanah dia jual, kata Tun Mahathir

KLIK BACABekas tentera akui terhina polisi kerajaan Umno-BN

KLIK BACA: Felda Hilang Tanah Disonglap Tidak Menghairankan – A Kadir Jasin

KLIK BACA: Dr Mahathir mahu kekal PM akan halang pengampunan Anwar, kata Puad Zarkashi

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE