PRU14 perlu diadakan sebelum pembebasan Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jun hadapan. – Foto BrigedBendera Blog

Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman berkata, tarikh PRU14 perlu diadakan sebelum Ramadan.

“Kebiasaannya, pilihan raya umum diadakan pada hari Sabtu. Jadi, tarikh terakhir untuk PRU14 adalah 12 Mei 2018.

“Cuma…. jangan sampai Anwar bebas. Nanti bermasalah.

“Betul, beliau memang tak boleh bertanding, tapi semua tahu bagaimana cara beliau berkempen,” katanya ketika menjadi tetamu bagi program FB Live Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, semasa PRU13 dulu, Anwar juga tak boleh bertanding tapi, mampu berkempen ke 12 lokasi dalam masa sehari.

“Itu sebab saya kata, Anwar bertanding bermasalah, tak bertanding pun masalah. Sama juga juga kalau beliau bebas masalah, tak bebas pun masalah.

“Pembubaran Parlimen boleh dibuat pada bulan April memandangkan tarikh akhir persidangan Dewan Rakyat adalah pada 4 April.

“Kalau Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak juga mengumumkan dan hanya membiarkan Parlimen terbubar sendiri, bermakna pilihan raya akan diadakan selepas hari raya Aidilfitri.

“Jangkaan saya 12 Mei itu hanya berdasarkan jika Najib bubar pada akhir Parlimen,” jelasnya.

KLIK BACA: Taubat sebelum matahari terbit dari barat – Hadi Awang

KLIK VIDEOPenjelasan Dr Mahathir sejak Najib jadi PM kos sara hidup meningkat

KLIK BACA: Tun M gesa Najib henti guna penasihat asing kos berbilion, tak percaya bakat tempatan

KLIK BACABekas tentera akui terhina polisi kerajaan Umno-BN

KLIK BACA: Felda Hilang Tanah Disonglap Tidak Menghairankan – A Kadir Jasin

KLIK BACA: Dr Mahathir mahu kekal PM akan halang pengampunan Anwar, kata Puad Zarkashi

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share