Akhbar The Australian dalam tulisan lidah pengarangnya memuji kesediaan Dr Mahathir dan Anwar untuk bekerjasama menentang Najib pada PRU14. – Foto FMT

“Mahathir meletak jawatan pada tahun 2003 selepas pemerintahan kuku besi selama 22 tahun sebagai pemimpin Umno. Anwar adalah timbalan Mahathir ketika mereka tidak lagi sehaluan 20 tahun lalu. Anwar kemudiannya menjadi sasaran tuduhan kejam yang meragukan sehingga menyaksikan dirinya dihumban ke penjara.

“Namun kedua-dua mereka – Mahathir seusia dengan Robert Mugabe ketika beliau digulingkan, dan Anwar dari sel penjara – telah membuat percaturan untuk menumbangkan Umno daripada penguasaan ke atas Malaysia selama 60 tahun.

“Kestabilan negara itu amat penting di rantau ini, atas sebab itu Australia mempunyai hubungan pertahanan dan keselamatan yang erat dengannya. Mahathir akan memimpin kempen Pakatan Harapan yang berpecah-belah.

Sekiranya beliau menang, beliau akan memohon pengampunan diraja untuk membolehkan Anwar mengambil alih sebagai perdana menteri.

“Gabungan pembangkang di bawah kepimpinan seorang yang keras kepala dan kontroversial seperti Mahathir menghadapi tugas berat menentang Umno yang dipimpin Najib.

Tinjauan menunjukkan politik berasaskan kaum masih mendapat tempat dan sokongan besar di kalangan masyarakat Melayu-Islam yang memihak Umno.

“Tetapi Mahathir dan Anwar berhak mendapat pujian kerana cuba mengheret Najib dan Umno ke muka pengadilan berhubung dakwaan 1MDB dan skandal lain yang telah memusnahkan kedudukan Malaysia di mata dunia. Rasuah di sebalik skandal 1MDB mestilah menjadi tumpuan dan perhatian dalam pilihan raya ini,” tulisnya.

Lidah pengarang Washington Post pula memberi tumpuan terhadap umur Mahathir, dengan mengemukakan persoalan: “Apabila menjadi pemimpin dunia, berapa umur terlalu tua itu?”

“Sudah tentu ada manfaat untuk mempunyai pemimpin tua di pejabat – mereka boleh menggunakan kebijaksanaan yang terkumpul selama beberapa dekad membuat keputusan peringkat tertinggi, serta juga bagi mendapatkan sokongan dan pengiktirafan yang diperlukan,” tulisnya.

KLIK BACA: PRU14 sebelum Anwar bebas kalau tak ‘masalah’, kata Prof Redzuan Othman

KLIK VIDEOPenjelasan Dr Mahathir sejak Najib jadi PM kos sara hidup meningkat

KLIK BACA: Tun M gesa Najib henti guna penasihat asing kos berbilion, tak percaya bakat tempatan

KLIK BACA: Kita beri Najib kuasa lebih banyak tanah dia jual, kata Tun Mahathir

KLIK BACABekas tentera akui terhina polisi kerajaan Umno-BN

KLIK BACA: Felda Hilang Tanah Disonglap Tidak Menghairankan – A Kadir Jasin

KLIK BACA: Dr Mahathir mahu kekal PM akan halang pengampunan Anwar, kata Puad Zarkashi

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share