Kapten (B) Zainal Abidin Naus dari Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia. – Foto oleh Wan Zahari Salleh

oleh Arif Atan

Bekas tentera, Kapten (B) Zainal Abidin Naus kecewa apabila usaha keras mereka mengusir komunis dari tanah air ini diganti dengan membawa masuk pelabur dari negara berfahaman tersebut.

Beliau yang mewakili Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) itu bimbang negara ini bakal dikuasai komunis tanpa peperangan.

“Saban hari, kini mereka yang berfahaman komunis ini dijemput datang, diberi peluang melabur dalam projek mega.

“Adakah tiada kemungkinan mereka akan menguasai negara ini tanpa meletupkan sebutir peluru pun?” soalnya ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam, tempohari.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan golongan bekas tentera berasa terhina dengan polisi pentadbiran kerajaan Umno-BN pada masa ini.

“Kami sangat rasa terhina dengan kerajaan BN sekarang ini.

“Saya berharap segala perjanjian (dengan China) dibatalkan,” tegasnya.

Zainal pada masa sama memberitahu tekanan ekonomi semasa memaksa veteran tentera terpaksa bekerja.

“Ramai tentera terpaksa bekerja selepas tamat perkhidmatan kerana wang pencen yang diterima tidak mencukupi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan Pakatan Harapan akan melaksanakan pemberian pencen secara adil dari semasa ke semasa.

“Janganlah tentera dan pasukan keselamatan lain dianggap sebagai kain buruk dan tidak berguna.

“Rakyat dan tentera memang mengharapkan suatu perubahan,” tegasnya.

Walau bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa tentera pada masa sama memantau kesepakatan Pakatan Harapan.

“Mereka ini tidak mahu keluar naga masuk mulut harimau.

“Pakat-pakatlah bahagi jawatan supaya kami yakin dengan Pakatan Harapan,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan tentera supaya berpada-pada dalam menumpahkan taat setia.

“Apa perlu dilakukan ubah kerajaan yang ada kepada kerajaan Pakatan Harapan.

“Jangan lagi kita setia membuat tuli. Kadang-kadang kita perlu juga melawan macam Hang Jebat,” tambahnya lagi. – Sumber MalaysiaDateline

KLIK BACA: PRU14 sebelum Anwar bebas kalau tak ‘masalah’, kata Prof Redzuan Othman

KLIK VIDEOPenjelasan Dr Mahathir sejak Najib jadi PM kos sara hidup meningkat

KLIK VIDEO: Tangkap rampas harta, kerajaan Pakatan Harapan tidak guna cara balas dendam, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Felda Hilang Tanah Disonglap Tidak Menghairankan – A Kadir Jasin

KLIK BACA: Dr Mahathir mahu kekal PM akan halang pengampunan Anwar, kata Puad Zarkashi

KLIK BACA: Pakatan Dr Mahathir-Anwar lawan Najib dipuji media Australia

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE