Pelakon dan pengacara terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa, hari ini memulakan tugasnya secara rasmi sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan AirAsia.

Bintang jelita yang turut dikenali sebagai usahawan berjaya itu, berbuat demikian dengan menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) kumpulan itu di ibu pejabat AirAsia dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Pembabitan Neelofa bersama syarikat penerbangan tambah rendah terbaik dunia itu selaras pengumuman Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fenandes, pada 8 Disember lalu, yang menganggap pelantikan beliau sebagai antara usaha AirAsia untuk mengukuhkan lagi jenamanya.

Selepas acara berakhir, Neelofa yang kelihatan begitu tenang sepanjang hampir lima jam mesyuarat berlangsung, sempat meluangkan masa beramah mesra dengan hampir keseluruhan ahli keluarga besar syarikat penerbangan terbabit.

Ditanya perasaannya julung kali membabitkan diri dalam EGM syarikat yang diasaskan 24 tahun lalu itu, Neelofa berkata, ia pastinya pengalaman sungguh menakjubkan.

Sempat membuat sedikit ulang kaji mengenai AirAsia dan dunia penerbangan, beliau ternyata mudah menyesuaikan diri dalam persekitaran dan tugas baharunya itu.

“AirAsia menyambut baik kehadiran saya di sini. Mendengar segala lontaran idea dan pandangan dari setiap individu yang hadir, membuatkan saya kini semakin yakin, mengapa AirAsia mampu berdiri gah di mata dunia seperti sekarang. AirAsia dipenuhi dengan mereka yang sangat bersemangat dan kreatif.

“Pastinya, pengalaman ini saya akan simpan dan gunakan untuk kebaikan diri sendiri, perniagaan dan orang lain juga. Tirai 2018 dibuka dengan jayanya,” kata Neelofa.

Sebulan lalu, AirAsia mengumumkan pelantikan pelakon terkenal itu sebagai Pengarah Bebas bukan Eksekutifnya. Pelantikan itu diluluskan sebulat suara oleh Ahli Lembaga Pengarah.

“Reputasinya sebagai antara usahawan wanita terkemuka di negara ini, selain tersenarai antara beberapa rakyat Malaysia dalam Forbes Asia menerusi segmen 30 Under 30, serta rekodnya dalam memperjuangkan wanita dalam perniagaan menjadi inspirasi kepada kami,” kata Tony Fernandes. – BHOnline

KLIK BACAAzmin Perdana Menteri jangan lebih-lebih tonjolkan – pastikan menang di Selangor dulu

KLIK BACA: Tun Mahathir belum jadi PM Umno sudah kelam-kabut

KLIK VIDEO: Mazlan Aliman dedah habis skandal Felda depan peneroka

KLIK BACA: Kenapa Tun Mahathir dipilih PM Pakatan Harapan, ini sebabnya…

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share