Saya percaya Hadi Awang ‘menangis’ kesan Amanat, kata Hasan Ali

2257

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali mendakwa presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ‘sedang menangis kesedihan’ merenung kembali amanat yang dikeluarkannya lebih 30 tahun dahulu sehingga menyebabkan 14 orang meninggal dunia dan didakwa pengikutnya sebagai mati syahid.

Hasan berkata, Hadi pada 1981 menyifatkan Umno ‘halal’ untuk ditentang kerana mengamalkan perlembagaan acuan British yang kemudiannya mencetuskan peristiwa Memali dan meragut nyawa mereka yang tidak bersalah, berpuluh cedera dan beratus ditahan pihak berkuasa.

Sebelum ini kata Hasan, Hadi antara pemimpin Pakatan Rakyat yang lantang mahu mempertahankan Perlembagaan Persekutuan walhal perlembagaan itu langsung tidak pernah ditukar sejak tiga dekad lalu.

“Dulu (Hadi kata) perlembagaan negara kafir. Tapi sekarang perlembagaan dipertahankan. Maknanya, kalau dulu pun perlembagaan tidak kafir…Bagaimana kematian pemimpin Kampung Memali, Ibrahim Libya?

….Adakah deklarasi syahid itu tidak dikafankan, tidak dimandikan terus ditanam dengan darah-darahnya itu?

“14 orang, siapa nak bertanggungjawab? Anak-anaknya siapa nak bertanggungjawab? Cucu cicitnya siapa nak bertanggungjawab?

Ini perkara yang saya rasa sedang menghantui Ustaz Hadi. Saya rasa dia mesti ‘bersedih kesal’ apabila memikirkan soal ini,” kata Hasan dengan nada sebak yang mana beliau mengenali Hadi secara peribadi.

“Sekarang ini saya rasa beliau sedang merenung. Saya yakin, saya kenal Ustaz Hadi, saya pernah pergi bermusafir dengan Ustaz Hadi, lebih kurang dalam 12 hari berdua sahaja bermusafir dekat Afrika,” ujar Hasan.

Hadi digesa pelbagai pihak untuk menarik balik amanatnya itu, namun seperti biasa bekas Menteri Besar Terengganu itu enggan berbuat demikian. Beliau juga sehingga kini tidak menjelaskan rasionalnya amanat itu dikeluarkan. – Sumber ihsan AntaraPos

AMANAT HADI AWANG VERSI BARU

KLIK BACA: MEMALI isu Hadi Mahathir – Kenapa polis diam, soal bekas peguam negara?

KLIK BACA: Dia orang tua dah, Dr Mahathir kena taubat – Hadi Awang

KLIK BACA: Dr Mahathir: Akta MKN beri Najib kuasa lebih dari Agong

KLIK BACA: RCI 1MDB tak perlu apa salahnya sayang isteri, sindir Tun Mahathir 

KLIK BACA: UMNO kini nyata ketakutan, apa salahnya Tun Mahathir jatuhkan Najib

KLIK BACA: 1MDB doa rakyat teraniaya akhirnya dimakbul Allah – Datuk Kadir Jasin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share