Abu Talib Othman berkhidmat sebagai peguam negara ketika peristiwa Memali berlaku pada 1985. – Foto ihsan FMT | video kredit KiniTV

Bekas peguam negara, Tan Sri Abu Talib Othman tidak melihat keperluan sebuah suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berkaitan peristiwa Memali.

Beliau berkata, polis yang sepatutnya menjawab sebarang persoalan berhubung isu itu memandangkan mereka yang mengambil tindakan ketika itu.

Katanya lagi, polis boleh menjawabnya kerana mereka yang mengambil tindakan dan berada di lapangan ketika ia terjadi.

“Mengapa (kita) mahu RCI sedangkan ia peristiwa bertahun yang lalu, ia sudah jadi sejarah.

“Jika ada pihak yang lebih tahu, ia adalah polis di lapangan. Mengapa ketua polis negara tidak berkata apa-apa? Mereka sepatutnya menyatakan kebenaran.

“Mengapa polis tidak tampil menceritakan sepenuhnya apa yang berlaku di lapangan, mereka tahu tentangnya,” ,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini di Kuala Lumpur semalam.

Tragedi Memali kembali diperkatakan selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir membangkitkannya di mesuarat agung pertama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tempohari.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata tahun lalu, kerajaan tidak menolak kemungkinan menubuhkan RCI Memali.

Mengulas lanjut Abu Talib berkata polis patut melakukan siasatan.

“Mereka yang mengendalikan keadaan. Mengapa politikkan isu itu sekarang – kita mahukan keamanan dalam negara. Kita ada undang-undang, dan kita semua setara di bawah undang-undang,” katanya.

PAS berulangkali mendesak penubuhan RCI bagi menyiasat peristiwa yang mengorbankan empat anggota polis dan pemimpin PAS Kedah Ibrahim Libya beserta 13 pengikutnya di Kampung Memali di Baling, Kedah.

Polis membuat serbuan di kampung itu bagi menahan Ibrahim atas dakwaan memberikan ajaran sesat – dakwaan yang dinafikan PAS. Beliau terkorban akibat ditembak polis.

Ada pihak mendakwa pertumpahan darah itu akibat kekerasan oleh pihak polis. Mahathir pula bertegas polis hanya mempertahankan diri selepas diserang penduduk.

KLIK VIDEO: Saya percaya Hadi sedang menangis kerana kesan AMANAT – Dr Hasan Ali

KLIK BACA: Dia orang tua dah, Dr Mahathir kena taubat – Hadi Awang

KLIK BACA: Dr Mahathir: Akta MKN beri Najib kuasa lebih dari Agong

DIKEMASKINI: Anwar fail permohonan mahkamah, harap Najib tak bantah usaha kembalikan kuasa Agong 

KLIK BACA: RCI 1MDB tak perlu apa salahnya sayang isteri, sindir Tun Mahathir 

KLIK BACA: 1MDB doa rakyat teraniaya akhirnya dimakbul Allah – Datuk Kadir Jasin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share