Jumiatik pekerja PT Tabung Haji Indo Plantation (PT THIP) Desa Tanjung Simpang, Kecamatan Pelangiran ditemui mati digigit Harimau.- Foto Datariau

PEKANBARU: Seorang pekerja ladang sawit PT Tabung Haji Indo Plantation (PT THIP) di Indonesia maut dibaham harimau.

Jumiatik, 30, ditemui mati di sebuah ladang di wilayah Riau di pulau Sumatera semalam dengan kesan kecederaan mengerikan di leher dan kaki, kata polis.

Mangsa dikatakan sedang mengumpul data mengenai serangga perosak dengan dua rakan wanitanya sebelum harimau berkenaan muncul dan mengejar mereka bertiga sejauh 200 meter di ladang itu.

Dua rakannya, yang terselamat daripada serangan itu, memberitahu pihak berkuasa mereka memanjat pokok kelapa sawit, tetapi harimau itu menangkap kaki Jumiatik dan menariknya turun.

“Jumiatik bergelut dengan harimau kira-kira 15 minit. Dia mengalami kecederaan serius di leher dan terbunuh,” kata ketua polis tempatan, Iptu Rafi.

Kes serangan harimau sejak beberapa tahun kebelakangan ini di Indonesia susulan kegiatan penebangan hutan untuk perladangan dikatakan menjadi antara faktor kawasan habitat mamalia terancam itu semakin menyusut. –  AFP | DataRiau.com

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE