REUTERS: Laporan kerajaan China mengatakan negara itu mempunyai “alasan munasabah” untuk memperluas pulau-pulau di Laut China Selatan yang menjadi pertikaian antarabangsa termasuk membina kemudahan radar meliputi kira-kira 290,000 meter persegi.

China menjalankan kerja-kerja penambakan di beberapa pulau dan terumbu yang dikawalnya di Laut China Selatan termasuk membina lapangan terbang, sehingga membangkitkan kebimbangan negara jiran dan Washington.

Beijing berkata kerja-kerja itu dilakukan bagi membantu menyediakan perkhidmatan antarabangsa seperti operasi mencari dan menyelamat namun mengakui terdapat juga tujuan ketenteraan.

China juga mengatakan ia boleh melakukan apa sahaja yang dikehendaki di wilayahnya.

Laporan baru yang disiar di laman web dikendalikan oleh Data dan Perkhidmatan Maklumat Marin Nasional China dan akhbar harian Parti Komunis China di luar negara, mengatakan China telah meningkatkan kehadiran tenteranya di sana dan tindakannya memperluas kawasan itu adalah munasabah.

China terus membina radar frekuensi tinggi dan kemudahan lain yang boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan di pulau-pulau buatannya di Laut China Selatan, kata badan pemikir Amerika Syarikat bulan ini.

Laporan yang disedikan oleh Inisiatif Transparensi Maritim Asia bagi Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa Washington, berkata aktiviti China turut melibatkan kerja-kerja membina kemudahan meliputi 29 hektar kepulauan Spratly dan Paracel – wilayah yang menjadi rebutan beberapa negara Asia.

Laut China Selatan merupakan laluan bagi aktiviti perdagangan antarabangsa yang dinilai lebih AS$ 5 trilion setiap tahun.

Selain tuntutan China di kawasan itu, Vietnam, Malaysia, Brunei, Filipina dan Taiwan turut membuat tuntutan sama. – Reuters.

KLIK VIDEOSaya lebih tua dari Felda, dulu tanah tak boleh nak curi

KLIK BACA: Kes tanah Felda untuk alih perhatian skandal 1MDB, kata bekas pegawai Isa Samad

KLIK BACA: Johari Ghani kelirukan rakyat kerugian Bank Negara AS$39.6 bilion, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Jangan benci Mahathir sampai tidak fikir masa depan

KLIK BACA: 1MDB bayar hutang, lenyaplah sudah wang yang dibayar kepada syarikat Aabar palsu sebelum ini

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE