Apa hendak dibanggakan tanah dipijak milik orang!

oleh Syarul Ema Rena [Exco Wanita Keadilan PKR Pusat]

Laman Facebook milik Barisan Nasional [gambar] memuat naik status berkaitan bangunan Exchange 106 yang bakal menjadi bangunan tertinggi negara mengenepikan Petronas Twin Towers.

Di kirakan Exchange 106 sebuah projek di bawah pentadbiran kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibangunkan oleh Mulia Group (yang di miliki oleh pemaju Indonesia) amat dibanggakan oleh penyokong-penyokong UMNO.

Apa yang menarik perhatian saya ialah tentang sikap penyokong UMNO yang begitu riang dan bangga dengan kejayaan pembinaan Exchange 106 dengan ayat “Bye-Bye Petronas Twin Tower”.

Adakah mereka sedar siapa pemilik Exchange 106 dan siapa pemilik Petronas Twin Towers? Jelas sekali dibawah pentadbiran Najib Razak tiada lagi sifat patriotik dan sayangkan negara tertanam dalam sanubari mereka.

Apakah mereka lupa pembayaran hutang 1MDB kepada Abu Dhabi juga menyebabkan beberapa tanah di lokasi strategik di Malaysia terjual kepada China.

Disebabkan kebencian yang amat terhadap Tun Mahathir Mohamad, UMNO BN kini rela menghakis sifat patriotik mereka demi mengipas & menjilat Najib Razak dengan cara terhina, sehinggakan sanggup mengangkat kejayaan milik pemaju Indonesia bagi menenggelamkan kejayaan negara di bawah Tun Mahathir.

Tiada lagi laungan sayangkan negara dalam UMNO, yang ada hanyalah laungan Hidup Najib Razak.

Negara tidak penting tetapi Najib Razak amat penting bagi mereka biarpun maruah negara tergadai. Mereka tidak kisah pasal kita, maruah negara kita, masalah kita. Ingat tu!

Patriotism demi negara sudah kian pupus dalam kamus perjuangan UMNO yang makin hari makin hilang arah tuju.

Rakyat Malaysia patut sedar UMNO bukan lagi parti yang mampu membela negara, agama dan bangsa. UMNO hanya membela Najib Razak.

Ayuh kita sempena tahun baru 2018 ini adalah tahun kemenangan rakyat bersatu dalam satu keputusan mengangkat Pakatan Harapan pada PRU14. Ia bakal menjadi saat-saat kemerdekaan kita dari kerajaan yang korup dan rasuah.

Tiap proses perubahan yang berlaku bukan satu pekara yang mudah namun jadikan segala tindak-tanduk penguasa yang memualkan sebagai titik tolak tindakan berani rakyat melakukan perubahan pada PRU14 dari berkiblatkan Umno yang terpalit pelbagai skandal yang menyebabkan kerugian bangsa dan negara.

Berubahlah kepada kebaikan demi negara, saya sudah & alhamdulillah, tapi anda bila lagi?

Anak kecil sedang bermain api
Bermain api terbakar dirinya sendiri
Pemimpin baik pasti diangkat tinggi
Pemimpin rasuah pasti membakar hati

*Syarul Ema Rena atau Ratu Naga adalah Exco Wanita Keadilan Pusat [PKR]. Kenyataan media adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili pendirian MalaysianReview.

KLIK BACA: 1MDB bayar hutang, lenyaplah sudah wang yang dibayar kepada syarikat Aabar palsu sebelum ini

KLIK BACA: Sangat mustahil Najib tak tahu tanah felda dipindah milik – Mahfuz

KLIK BACA: Namakan calon PM lebih awal bercanggah sunnah Rasulullah – Hadi Awang

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share