Bangunan menara The Exchange 106 adalah milik Mulia Group dari Indonesia dan bukannya seperti KLCC kepunyaan Malaysia. – Foto Skyscrapper City

oleh Shahbudin Husin

Ada dua berita menarik pada hari ini – satu, 1MDB dilaporkan sudah menyelesaikan hutangnya berjumlah AS$630 juta kepada IPIC dan kedua, sebuah menara baru di TRX sudah pun menghampiri ketinggian KLCC yang selama ini menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Dengan pembayaran hutang itu yang dilaporkan The Malaysian Insight melalui premium yang dibayar oleh syarikat China kepada hartanah yang dimiliki 1MDB di Pulau Indah Selangor dan Air Itam, Pulau Pinang, bermakna lenyap dan lupuslah sudah wang yang dibayar kepada syarikat Aabar palsu sebelum ini.

Selain tiada apa-apa lagi yang boleh diungkit berkenaan wang yang dimasukkan kepada syarikat Aabar palsu yang daripadanya itu tercetus skandal 1MDB, pembayaran yang dilakukan oleh syarikat China itu juga memungkinkan penguasaan negara itu dalam skala yang lebih besar di pelbagai prospek ekonomi selepas ini.

Jadi, walaupun 1MDB berjaya menyelesaikan hutang keseluruhannya berjumlah AS$1.2 bilion atau RM4,890 juta kepada IPIC, ia juga adalah berita sedih buat kita semua kerana ia seperti menghalalkan kehilangan wang secara salah bayar kepada Aabar palsu.

Berkenaan menara baru di TRX, tanah yang dimiliki 1MDB, bangunan 106 tingkat itu kini sudah menghampiri ketinggian Menara Berkembar Petronas atau KLCC.

Pastilah ia mampu melepasi ketinggian KLCC. Cuma, Menara KLCC berkembar dua, manakala bangunan di TRX hanya satu saja.

Bagi pentaksub 1MDB, mungkin ada yang berbangga dengan terbinanya bangunan pencakar langit yang dinamakan Exchange 106 itu, lebih-lebih lagi ia dibina di atas tapak TRX yang pernah menjadi isu sebelum ini.

Tetapi, harus diingat bangunan tersebut adalah milik Mulia Group dari Indonesia dan bukannya kepunyaan syarikat Malaysia.

Jadi, di mana kita harus berbangga dengan bangunan tertinggi itu?

Maka, kedua-dua berita itu – pembayaran hutang AS$630 juta oleh 1MDB kepada IPIC dan wujudnya menara baru yang tertinggi di negara ini yang menggantikan KLCC – langsung tidak menarik dalam erti kata sebenarnya, walaupun sekali baca seperti berita besar bunyinya.

*Shahbudin Husin adalah penulis buku kritik politik terkenal. Artikel adalah pendapat peribadi penulis yang tidak semestinya mewakili pendirian MalaysianReview.

KLIK BACA PELIK TAK LAWAN: Hanipa Maidin persoal dan jelaskan kenapa 1MDB setuju bayar tuntutan IPIC

KLIK BACA: Namakan calon PM lebih awal bercanggah sunnah Rasulullah – Hadi Awang

KLIK BACA: Demo Baitulmaqdis Umno-PAS – Mahathir desak Najib tarik ungkapan kepada Trump ‘musuh Amerika musuh Malaysia’

KLIK BACA: Kali ini Najib jangan lari saman Tun Mahathir

KLIK BACAFelda akui transaksi tanah berlaku, tapi tidak terima 1 sen pun – Shahrir Samad – Adakah Isa Samad akan dipanggil SPRM? – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Rakyat wajib tolak Mahathir, beri PAS tadbir negara selepas PRU14, kata Ahmad Fadhli {PAS}

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share