PAS menggesa perdana menteri mengambil cuti bagi memberi ruang penyiasatan menyeluruh ke atas skandal pemindahan hak milik tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

“Kami rakyat Malaysia dan warga Felda akan menyanjung tinggi jika perdana menteri sendiri mengambil cuti bagi memberi ruang seluasnya.

“Ketokohan Datuk Seri Najib akan lebih dihormati jika percutian beliau nanti dapat membersihkan nama kerajaan dari terpalit skandal ini.

“Skandal berangkai ini yang melibatkan beberapa syarikat seperti dirancang dengan rapi,

“Kami yakin dengan kefahaman seseorang itu tidak bersalah selagi beliau tidak dibuktikan kesalahannya,” kata Timbalan Pengarah Hal Ehwal Felda Lajnah Tanah PAS Naraza Muda dalam satu kenyataan.

Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad semalam mengumumkan laporan polis telah dibuat selepas isu pemindahan hak milik itu dibangkitkan Jabatan Perdana Menteri pada 12 Disember lalu.

Katanya, pada 2014, pemaju utama projek diberikan surat kuasa wakil dan memindahkan hak milik tanah itu kepada syarikat sendiri manakala Felda “tidak dibayar satu sen” pun daripada sebarang perjanjian berkaitan.

KLIK BACA: Sangat mustahil Najib tak tahu tanah felda dipindah milik – Mahfuz

KLIK BACA: Namakan calon PM lebih awal bercanggah sunnah Rasulullah – Hadi Awang

KLIK BACA: 1MDB bayar hutang, lenyaplah sudah wang yang dibayar kepada syarikat Aabar palsu sebelum ini

KLIK BACA: Jangan bangga sangat menara Exchange 106 milik Indonesia berbanding KLCC

KLIK BACA: Rakyat wajib tolak Mahathir, beri PAS tadbir negara selepas PRU14, kata Ahmad Fadhli {PAS}

KLIK BACA: Kali ini Najib jangan lari saman Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share