Najib berkata demikian di hadapan kira-kira 1,000 hadirin dalam Himpunan Solidariti Baitulmaqdis di Masjid Putra, Putrajaya hari ini. – Foto Utusan Online

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau tidak akan menggadai prinsip dan kesucian Islam walaupun mempunyai hubungan baik dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

“Ya, saya disambut baik di Rumah Putih. Ya, Trump kenalan baik saya tapi dari segi prinsip saya tak akan gadaikan kesucian Islam walau dalam apa jua keadaan wajib bagi kita (mempertahankannya).

“Jangan lupa prinsip pertama maqasid syariah itu apa dia? Prinsip pertama maqasid syariah memelihara agama, nombor dua baru nyawa, harta…

“Kalaulah Baitulmuqaddis itu dengan Masjid Al Aqsa kota suci umat Islam yang ketiga, maka wajiblah kita memperjuangkan Al-Aqsa, Baitulmuqaddis dan Al-Quds Al Syarif bebas dari cengkaman Zionis,” katanya.

Najib berkata mempertahan Baitulmuqaddis adalah wajib.

“Ini bukan pilihan, ini bukan pilihan, yang lain ada pilihan, yang lain ada pilihan. Ini tak ada pilihan, ini wajib kita tentang mereka (Amerika dan Israel). Wajib kita bersatu.

“1.6 bilion umat Islam. Yahudi berapa? 13 juta. 1.6 bilion boleh kalah pada 13 juta? tak masuk akal. Hukum akal tak mungkin.

“Tapi kalau kita tak bersatu kalau kita lemah, kalau kita bercakaran, Allah kata kita akan jadi lemah. Itu Allah kata,” katanya.

KLIK BACA: Namakan calon PM lebih awal bercanggah sunnah Rasulullah – Hadi Awang

KLIK BACA: 1MDB bayar hutang, lenyaplah sudah wang yang dibayar kepada syarikat Aabar palsu sebelum ini

KLIK BACA: Demo Baitulmaqdis Umno-PAS – Mahathir desak Najib tarik ungkapan kepada Trump ‘musuh Amerika musuh Malaysia’

KLIK BACA: Hanipa Maidin persoal dan jelaskan kenapa 1MDB setuju bayar tuntutan IPIC

KLIK BACA: Jangan bangga sangat menara Exchange 106 milik Indonesia berbanding KLCC

KLIK BACA: Rakyat wajib tolak Mahathir, beri PAS tadbir negara selepas PRU14, kata Ahmad Fadhli {PAS}

KLIK BACA: Kali ini Najib jangan lari saman Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE