Ahmad Fadhli Shaari berkata tiada sebab rakyat Malaysia meletakkan harapan memulihkan negara kepada Tun Dr Mahathir.

Naib Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata, zaman pentadbiran bekas perdana itu negara berhadapan pelbagai peristiwa dan pergolakan, seperti Memali 1985, krisis Raja-Raja Melayu pada 1993 dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencetuskan Reformasi pada 1998.

“Saya tak nampak apa relevannya untuk memberikan semula kepercayaan kepada Mahathir.

“Malah hari ini kita cuba membersihkan pelbagai ‘penyakit’ yang berpunca dari zamannya menjadi perdana menteri,”

“Kita tahu HARAPAN tiada tokoh dan memerlukan Mahathir sebagai pemimpin untuk dijadikan rujukan. Mereka masih ada masa untuk menilai semula (soal itu), jangan sampai menyesal selepas ini,” katanya lagi.

“Rakyat wajib menolak kepimpinan Mahathir dan memberi kepercayaan kepada PAS untuk mentadbir negara selepas PRU ke-14,” kata Ahmad Fadhli lapor Malaysiakini.

Nota Ana Ghoib: Ciss kau budak manipulator penyembunyi kebenaran-keadilan-kelurusan yang bercakap tertoleh-toleh ke belakang akibat dendam kesumat silam penyakit nifak kamu yang patut diperbetulkan dulu.

Pepatah arab menyebut tulis kesilapan silam itu di atas pasir.

Oleh kerana kamu Ahmad Fadhli menulisnya di atas batu maka sang batu belah ini akan menerangkan gurisan yang kamu buka.

Pertama Memali kerana hasutan Amanat ulama bersemangat mengkafir.

Kedua soal Raja Melayu – Mahathir cuma bertindak mengikut situasi politik semasa yang kamu pun tahu kenapa dari Gomez ke Pramugari MAS hinggalah sang Prebet Adam.

Ketiga kes Anwar beliau mendakwa ada bukti dan Anwar berani pula berdepan perbicaraan juga berkorban di penjara.  [*Mereka sudah berdamai dengan takdir kecuali kamu budak muda perengus.]

Kesimpulan mudah mereka berdua berani dibicarakan dari kes liwat ke PKFZ tetapi MOI belaan tuan kamu bagaimana.

Si Idris dan Amar pula yakin tuan kamu akan jadi PM lepas PRU14.

Moga makbul dan kamu boleh HUDUD MO1 kecualilah kamu benar-benar orang adil atau manusia otak senteng berjalan tempang tapi bercakap besar.

Tak Melayu muslim – memperalat agama bermain-main harga kawan-kawan untuk untung dunia sedang budaya membodek, menipu dalam parti menurun ke kamu.

Ada masa budaya itu musuh kepada kebenaran maka diperturunkan nasihat Nabi Isa a.s kepada bangsa Israel yang menyebut: “Semuanya senang dan selesa mewah, maka kamu tinggalkan perintah tuhan, supaya kalian boleh simpan budaya kamu”.

Nota Ana Ghoib: Ibnu Katsir menukilkan dari Imam As-Sauri yang meriwayatkan seterusnya dari Ubay ibnu Ka’b r.a. yang mengatakan bahwa Rasulullah Saw bersabda:

Umat ini mendapat berita gembira dengan beroleh keluhuran, ketinggian, pertolongan, dan kedudukan yang teguh di muka bumi.

Maka barang siapa di antara mereka yang mengerjakan amal akhirat untuk kepentingan dunianya, maka tidak ada bagian baginya kelak di negeri akhirat.

Susunan risalah nasihat ras Melayu Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan aneh…

KLIK BACA: PAS lebih baik terus-terang calon PM mereka ialah Najib bukan Hadi Awang

KLIK VIDEO: ‘Amar makruf nahi mungkar’, pesan Tun Mahathir kepada para artis tanahair

KLIK BACA: Dr Mahathir senaraikan 7 taktik Najib-Umno-BN menang PRU

KLIK BACA: Mitos Melayu harus mengundi Umno untuk selamat sudah dipecahkan – Tun Daim Zainuddin

KLIK BACA: Perwakilan Umno ‘dilembukan’ pucuk pimpinan parti, kata MPT Bersatu

KLIK BACA: Datuk Ir Amiruddin dedah kesan pemotongan bajet sektor kesihatan, ada ubat dan ujian di hospital sudah tiada. – Adun Kedah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share