Kenyataan media Exco Wanita PKR, Syarul Ema Rena susulan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di perhimpunan agung Umno 2017 mengenai tindakan Presiden AS Donald Trump mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibunegara Israel.

SOLIDARITI KEPADA PALESTIN: NAJIB JANGAN RETORIK DAN HENTIKAN PELABURAN BANTU EKONOMI AMERIKA SYARIKAT

Merujuk kepada kenyataan Trump yang memberi Baitulmaqdis kepada Israel untuk dijadikan ibunegara, saya ingin menyatakan kekesalan dan bantahan keras terhadap isu tersebut.

Di Malaysia Perdana Menteri Najib menyatakan bantahanya tetapi tidak mengambarkan kesungguhan kerajaan pimpinan beliau dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin secara khususnya dan maruah umat Islam secara amnya.

Saya mendesak agar Perdana Menteri Najib menarik balik pelaburan dan cadangan pembelian pesawat dari syarikat Boeing untuk kegunaan MAS.

Jika benar Perdana Menteri Najib bersungguh memperjuangkan hak rakyat Palestin dan mempertahankan kesucian Kota Baitulmaqdis yang juga kiblat pertama umat Islam beliau sepatutnya menimbang semula segala apa urusan dengan pemerintah Amerika Syarikat dibawah presiden Trump. [*rakan permainan golfnya]

Kita mahu Perdana Menteri Najib secara tegasnya melakukan bantahan terhadap tindakan Trump ini bukan sekadar menyatakan retorika politik seperti melepas batuk ditangga.

Saya menyeru seluruh umat Islam negara ini nyatakan bantahan terhadap tindakan Presiden Trump dan mendesak Perdana Menteri Najib untuk memberhentikan segala bentuk pelaburan yang dijanjikan beliau kepada Amerika Syarikat.

SYARUL EMA RENA ABU SAMAH @ RATU NAGA

7 DISEMBER 2017 – Sumber RatuNaga Facebook

Video di bawah janji Najib kepada Trump dan janji Trump kepada Isreal untuk memiliki Baitulmaqdis.

KLIK BACA: Dira Abu Zahar tegur Sheila Majid pula…

KLIK BACA: Mamak Kerala masuk Melayu pun kita tak suruh pulang, Najib sindir Mahathir

KLIK BACA: Perwakilan Umno PAU2017 mengaku bantu rakyat tapi poket sendiri kosong!

KLIK BACA: Najib contohi kepimpinan Salahuddin Ayubi, kata Shahrizat

KLIK BACA: Najib buat kacau sepatutnya saya berehat. – Tun Mahathir

KLIK BACA: Pemimpin tidak malu pinjaman bukan diurus Bank Negara tapi bank Yahudi dan terpaksa bayar komisen

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE