Taufan Cempaka menyebabkan banjir besar dan tanah runtuh di Jawa Timur Indonesia, membunuh 41 orang dan ribuan orang lagi hilang tempat tinggal. – Gambar AFP, 6 Disember, 2017.

Ribut tropika yang melanda kepulauan Jawa di Indonesia membunuh 41 orang, dua kali ganda daripada anggaran awal, kata agensi bencana negera itu pada Rabu.

Bencana itu juga menyebabkan ribuan orang lagi kehilangan tempat tinggal kerana banjir besar dan tanah runtuh.

Antara mangsa Taufan Cempaka itu adalah 25 orang yang terbunuh dalam satu kejadian tanah runtuh di Jawa Timur minggu lepas, kata agensi itu lagi.

Jumlah kematian ribut taufan itu pada mulanya dicatatkan seramai 19 orang.

Hampir 28,000 lagi hilang tempat tinggal disebabkan ribut yang melanda kepulauan paling padat penduduk di Indonesia minggu lepas.

“Hampir lima ribu rumah rosak dan lebih tiga ribu orang lagi terjejas kerana banjir,” kata jurucakap agensi itu Sutopo Purwo Nugroho.

Kebinasaan disebabkan taufan itu berlaku ketika gunung berapi, Gunung Agung di Kepulauan Bali sedang menunggu masa untuk meletup, memaksa ribuan orang meninggalkan kediaman mereka.

Cempaka sudah meninggalkan Indonesia, tetapi Nugroho memberi amaran yang banjir dan tanah runtuh masih boleh berlaku.

Indonesia kerap mengalami bencana alam yang menyebabkan banjir besar dan tanah runtuh.

Pada Febuari, tanah runtuh di Bali membunuh 12 orang termasuk tiga kanak-kanak. Pada September tahun lepas pula, hampir 30 orang mati dalam banjir besar dan tanah runtuh yang melanda Garut, Jawa Barat. – AFP

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE