SHAH ALAM 6 Disember – Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Jamal Yunos berkata beliau boleh jadi menteri besar Selangor yang lebih baik berbanding Mohamed Azmin Ali.

Ketua Gerakan Baju Merah itu berkata hasratnya mencabar Azmin di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa bukan gimik.

Menurut Jamal, Ketua Badan Perhubungan Umno Selangor, Noh Omar sudah memberikan beliau lampu hijau untuk bertanding di kerusi itu.

“Kalau saya takut kalah, saya tak akan minta bertanding di Bukit Antarabangsa. Lebih baik bertanding di Sungai Besar atau Sekinchan, kerusi yang selamat untuk saya,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Kejayaan Azmin mempertahankan kerusi Bukit Antarabangsa sejak PRU 2008 untuk dua penggal tidak membimbangkan Jamal malah berkata sekiranya BN merampas balik Selangor, Azmin “dan kroninya” akan dipenjara.

Menurut Jamal, beliau akan meneruskan aksi protesnya itu sehingga semua isu yang dibangkitkannya di Selangor selesai tetapi penyelesaian terbaik kepada semua isu itu ialah dengan beliau jadi menteri besar, katanya.

“Kalau saya menang mengalahkan Azmin Ali dan kalau BN menang balik Selangor, maknanya orang yang mengalahkan Azmin adalah yang paling layak jadi menteri besar.

“Cuma yang saya bimbang ialah Azmin akan lari ke tempat lain. Kalau itu berlaku, saya akan minta pimpinan Umno untuk benarkan saya berdepan dengan Azmin di mana juga dia bertanding di Selangor,” katanya.

KLIK BACA: Pelakon Dira Abu Zahar bidas Fathia dalam Perhimpunan Agung Umno

KLIK BACA: Panas PAU2017 – Khairy balon Tun M kaw kaw…

KLIK BACA: Hadiah paling berharga Trump kepada Najib sempena PAU 2017

KLIK BACA: Kacang lupa kulit, sanggup keluarkan Dr Mahathir dari sejarah negara, bidas Fathia Latiff

KLIK BACA: Azwan Ali mahu jumpa Najib, bantu BN hadapi PRU ‘jahanamkan’ Azmin

DIKEMASKININajib selamat kerana 3 tokoh dikhianati, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Pemimpin tidak malu pinjaman bukan diurus Bank Negara tapi bank Yahudi dan terpaksa bayar komisen

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share