Jamal bakar patung Zaid Ibrahim dakwa biadap terhadap Sultan Selangor

357

Patung Datuk Zaid Ibrahim dibakar di luar perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini sebagai amaran kepada pemimpin DAP itu agar tidak sekali-kali berlaku biadap kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Jamal berkata Zaid yang kini menjadi ahli DAP selepas keluar daripada PKR dan parti beliau sendiri, Kita, lupa untuk menghormati Sultan seperti diajar dalam Umno.

“Jadi hari ini dia telah kurang ajar terhadap Sultan kami iaitu Sultan Negeri Selangor,” kata beliau kepada media di lorong keluar parkir tingkat bawah Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Jamal memegang dua keratan kadbod menyerupai Zaid dengan perkataan “Pengkhianat, Kurang Ajar, Biadap!!!” sepanjang sidang media ringkas itu.

Jamal turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi terhadap Zaid kerana mempertikaikan titah Sultan Sharafuddin menerusi akaun Twitternya.

Sultan Sharafudin sebelum ini, antara lainnya menegur bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohammad berhubung kenyataan menghina masyarakat Bugis ketika Perhimpunan Anti Kleptokrasi Oktober lalu.

KLIK BACA: Najib contohi kepimpinan Salahuddin Ayubi, kata Shahrizat

KLIK BACA: Pelakon Dira Abu Zahar bidas Fathia dalam Perhimpunan Agung Umno

KLIK BACA: Panas PAU2017 – Khairy balon Tun M kaw kaw…

KLIK BACA: Hadiah paling berharga Trump kepada Najib sempena PAU 2017

KLIK BACA: Azwan Ali mahu jumpa Najib, bantu BN hadapi PRU ‘jahanamkan’ Azmin

DIKEMASKININajib selamat kerana 3 tokoh dikhianati, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Pemimpin tidak malu pinjaman bukan diurus Bank Negara tapi bank Yahudi dan terpaksa bayar komisen

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE