Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencabar bekas perdana menteri Dr Mahahtir Mohamad untuk membuktikan kekuatan pengaruhnya pada pilihan raya umum [PRU14] dengan menang majoriti dua pertiga.

Ketua Pemuda Umno itu yakin ia sukar dilakukan berbanding semasa zaman Dr Mahathir berkuasa kerana mempunyai kelebihan mengawal media arus perdana tanpa kehadiran media alternatif.

“Acap kali beliau mendabik dada dan mengingatkan kita akan kejayaan beliau memenangi lima pilihan raya lalu, setiap kali dengan majoriti dua pertiga.

“Mereka yang hanyut dengan nostalgia dongeng ini lupa bahawa persekitaran politik zaman dahulu berbeza berbanding hari ini. Media arus perdana dikawal sepenuhnya. Media alternatif kurang ada.

“Kalau zaman beliau ada Internet, ada blog, ada segala bagai media sosial hari ini, saya teringin nak tengok sama ada beliau masih boleh menang dengan mudah dua pertiga,” katanya semasa menyampaikan ucapan dasar sayap Pemuda di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini lapor The Malaysian Insight.

Nota Ana Ghoib: Thoha Putrajaya – Ini satu peringatan AMARAN

Yang demikian, kerana Tuhanmu tidak membinasakan negeri-negeri secara zalim sedang penduduknya leka lalai. – (Al-An’aam 6:131)

Susah sangat kepala digergajikah untuk berkata benar dan berlaku adil tanpa pilih darjat?

KJ berani cakap itu pada Jho Low? – Mahathir berani hadapkan Eric Chia ke mahkamah malah isu PKFZ dia dan Liong Sik ke mahkamah. Najib bagaimana KJ?

Bukan kerja kamu leverage atau cuba trading salah silam Mahathir dan Najib hari ini sebenarnya. Laksanakan keadilan maka diamlah rungutan rakyat. Beritahu tuan kamu supaya berani seperti Anwar ke mahkamah bertahun-tahun.

Tol dan IPP zaman Mahathir boleh dirunding semula zaman Najib dan KJ tapi kamu tolak.

Kuku besi Mahathir adakah dia menendang Peguam Negara atau sampai menyebabkan orang biasa-biasa hilang kerja, ditahan dan diugut?

Razak Baginda yang didakwa pernah terlibat kes Altantuya pun mengakui kehebatan Tun Mahathir diperingkat dunia. – pelik tak KJ?

Mana makmal kos sara hidup KJ adakah berani suruh Najib turunkan GST 3% seperti Mukhriz hingga hilang jawatan?

Kesilapan terbesar Melayu ialah bermegah lihat orang kaya berpangkat bergaya persis orang zaman Qarun yang suka mempamer sampai lupa hisab akhirat yang teliti lagi berat.

Jadi kerana media sosial dan blog tersebarlah isu Yapeim, KWAP, KWSP, FGV, Felda, 1MDB, MARA, TH yang kesemuanya melibatkan entiti berkepentingan Melayu – kecuali Jho Low kesayangan Umno berbanding Cina DAP yang menjadi momokan.

Jangan bimbang SPR ada dan UMNO-BN tetap akan menang ‘semua tahu’ Mahathir dan PH akan kalah malah mungkin hilang Selangor. Tolak tepi kebenaran-keadilan kalau itulah jawatan habuan dunia pangkat harta nama yang kamu cari InsyaAllah diperkenankan tapi ingatlah Hisab keras Allah dan tuntutan rakyat ke atas kamu.

Sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung. – (Al-Hajj 22:47)

Tak sangka aku akan hidup untuk menyaksikan seakan era Rasulullah SAW di mana orang musyrik itu disebut di dalam al Quran dan hadis sudah terbalik diterbalikkan lisannya.

Kesetiaan dalam perkumpulan dari dunia hingga akhirat – maka itu aku percaya sebab itulah surah Az Zumar mengisahkan di mana gerombolan orang kufur itu masuk ke neraka kerana kedustaaan kecurangan kederhakaannya di dunia.

Kemudian, sesungguhnya kamu semua, pada hari kiamat, akan bertengkar berhujah di hadapan Tuhan kamu. – (Az-Zumar 39:31)

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan aneh…

KLIK BACA: Najib contohi kepimpinan Salahuddin Ayubi, kata Shahrizat

KLIK BACA: Pelakon Dira Abu Zahar bidas Fathia dalam Perhimpunan Agung Umno

KLIK BACA: Hadiah paling berharga Trump kepada Najib sempena PAU 2017

KLIK BACA: Azwan Ali mahu jumpa Najib, bantu BN hadapi PRU ‘jahanamkan’ Azmin

DIKEMASKININajib selamat kerana 3 tokoh dikhianati, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Pemimpin tidak malu pinjaman bukan diurus Bank Negara tapi bank Yahudi dan terpaksa bayar komisen

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share