PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2017 – Rakyat mesti menolak Pakatan Harapan (PH) yang menjaja dongeng tentang masa lalu kononnya Malaysia pada zaman Dr Mahathir Mohamad lebih baik berbanding sekarang, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy berkata nostalgia dongeng yang dijaja oleh pakatan pembangkang menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti adalah harapan palsu yang tidak berpijak pada realiti.

“Nostalgia dongeng dan harapan palsu mesti kita tolak. Kita tolak sebab ia nostalgia bersifat regresif, menulis semula sejarah secara selektif. Kita tolak kerana ia harapan palsu yang menyasar dari logika, direka hanya demi kemenangan politik dan bakal mengorbankan masa depan anak cucu kita,” katanya hari ini lapor The Malaysian Insight.

Dalam ucapannya, Khairy menggariskan dasar di bawah pentadbiran Dr Mahathir – selama 22 tahun jadi perdana menteri antara 1981 hingga 2013 – yang ditanggung kini kesannya oleh pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak.

“Pembangunan negara dalam erti sebenar bukan hanya dengan terdirinya KLCC atau terbangunnya Putrajaya semata-mata,” katanya, menambah “ketidaksamarataan itulah yang sedang diperbetulkan” oleh kerajaan BN sekarang.

Khairy juga menyebut tentang perjanjian berat sebelah dalam pembangunan lebuh raya dan penjanaan elektrik yang bebannya kini ditanggung oleh rakyat.

Beliau juga menyebut kerugian RM31 bilion yang dialami oleh Bank Negara Malaysia dalam tukaran asing, RM10 bilion oleh Perwaja Steel, RM4.6 bilion oleh Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) serta bermacam-macam lagi.

“Justeru, sudah-sudahlah kita membiarkan diri hanyut dalam nostalgia dongeng bahawa beliaulah (Dr Mahathir) pemimpin teragung,” kata Khairy.

Dalam ucapannya, Khairy turut membanding pendekatan Dr Mahathir terhadap kebebasan bersuara.

“Dalam parti, kerajaan dan negara wujud ‘a culture of fear’. Kuku besi. Sekarang dia bercakap macam dia orang suci dan kita pula yang zalim dan diktator,” katanya.

Khairy berkata beliau bukanlah hendak mengatakan segala-gala yang berlaku pada era Dr Mahathir tidak bagus tetapi tidak munasabah untuk menganggap segala-galanya sempurna dan indah belaka.

Nota Ana Ghoib: Thoha Putrajaya – Ini satu peringatan AMARAN

Yang demikian, kerana Tuhanmu tidak membinasakan negeri-negeri secara zalim sedang penduduknya leka lalai. – (Al-An’aam 6:131)

Susah sangat kepala digergajikah untuk berkata benar dan berlaku adil tanpa pilih darjat?

KJ berani cakap itu pada Jho Low? – Mahathir berani hadapkan Eric Chia ke mahkamah malah isu PKFZ dia dan Liong Sik ke mahkamah. Najib bagaimana KJ?

Bukan kerja kamu leverage atau cuba trading salah silam Mahathir dan Najib hari ini sebenarnya. Laksanakan keadilan maka diamlah rungutan rakyat. Beritahu tuan kamu supaya berani seperti Anwar ke mahkamah bertahun-tahun.

Tol dan IPP zaman Mahathir boleh dirunding semula zaman Najib dan KJ tapi kamu tolak.

Kuku besi Mahathir adakah dia menendang Peguam Negara atau sampai menyebabkan orang biasa-biasa hilang kerja, ditahan dan diugut?

Razak Baginda yang didakwa pernah terlibat kes Altantuya pun mengakui kehebatan Tun Mahathir diperingkat dunia. – pelik tak KJ?

Mana makmal kos sara hidup KJ adakah berani suruh Najib turunkan GST 3% seperti Mukhriz hingga hilang jawatan?

Kesilapan terbesar Melayu ialah bermegah lihat orang kaya berpangkat bergaya persis orang zaman Qarun yang suka mempamer sampai lupa hisab akhirat yang teliti lagi berat.

Jadi kerana media sosial dan blog tersebarlah isu Yapeim, KWAP, KWSP, FGV, Felda, 1MDB, MARA, TH yang kesemuanya melibatkan entiti berkepentingan Melayu – kecuali Jho Low kesayangan Umno berbanding Cina DAP yang menjadi momokan.

Jangan bimbang SPR ada dan UMNO-BN tetap akan menang ‘semua tahu’ Mahathir dan PH akan kalah malah mungkin hilang Selangor. Tolak tepi kebenaran-keadilan kalau itulah jawatan habuan dunia pangkat harta nama yang kamu cari InsyaAllah diperkenankan tapi ingatlah Hisab keras Allah dan tuntutan rakyat ke atas kamu.

Sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung. – (Al-Hajj 22:47)

Tak sangka aku akan hidup untuk menyaksikan seakan era Rasulullah SAW di mana orang musyrik itu disebut di dalam al Quran dan hadis sudah terbalik diterbalikkan lisannya.

Kesetiaan dalam perkumpulan dari dunia hingga akhirat – maka itu aku percaya sebab itulah surah Az Zumar mengisahkan di mana gerombolan orang kufur itu masuk ke neraka kerana kedustaaan kecurangan kederhakaannya di dunia.

Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian dari orang-orang yang zalim itu kawan rapat dengan sebahagian yang lain, disebabkan apa yang mereka telah usahakan (dari perbuatan-perbuatan kufur dan maksiat itu). – (Al-An’aam 6:129)

Kemudian, sesungguhnya kamu semua, pada hari kiamat, akan bertengkar berhujah di hadapan Tuhan kamu. – (Az-Zumar 39:31)

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan aneh…

KLIK BACA: Najib contohi kepimpinan Salahuddin Ayubi, kata Shahrizat

KLIK BACA: Pelakon Dira Abu Zahar bidas Fathia dalam Perhimpunan Agung Umno

KLIK BACA: Hadiah paling berharga Trump kepada Najib sempena PAU 2017

KLIK BACA: Azwan Ali mahu jumpa Najib, bantu BN hadapi PRU ‘jahanamkan’ Azmin

DIKEMASKININajib selamat kerana 3 tokoh dikhianati, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Pemimpin tidak malu pinjaman bukan diurus Bank Negara tapi bank Yahudi dan terpaksa bayar komisen

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE