Pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri Datuk Fathul Bari Mat Jahaya menyangkal dakwaan Putrajaya mengukuhkan hubungan dengan Arab Saudi memberi kesan buruk. – Foto Sinar Harian

Fathul Bari berkata, Malaysia menjalinkan hubungan dengan Arab Saudi sejak sekian lama demi faktor ekonomi dan pelaburan.

Beliau mengulas kenyataan Prof Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang menyuarakan kebimbangan terhadap hubungan rapat Datuk Seri Najib Razak dengan Riyadh di sebalik pelbagai bukti mengaitkan aliran Islam seperti diikuti di Arab Saudi dengan peningkatkan ekstremisme di kalangan umat Islam.

“Orang Melayu kebanyakannya mengamalkan Islam secara mudah tanpa mengkaji agama secara terlalu mendalam. Walaupun Najib mungkin terima sokongan kewangan dari Saudi, dalam jangka panjang ia akan memberikan kesan serius,” kata penganalisis politik itu lapor FMT.

Fathul Bari berkata, pandangan Fauzi itu bersifat ekstrem kerana ratusan ribu pelajar Malaysia yang pulang ke tanah air selepas menamatkan pelajaran di Arab Saudi tidak mendatangkan sebarang masalah atau kesan kepada orang Melayu tempatan.

Julai lalu, kerajaan mengumumkan keputusan memperuntukkan tanah seluas 16 hektar di Putrajaya untuk membina Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP), susulan lawatan Raja Saudi ke Malaysia, Februari lalu.

Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan penceramah kontroversi, Zamihan Mat Zin turut mempersoalkan penubuhan pusat itu dengan mendakwa kerjasama Putrajaya dengan Riyadh untuk melawan IS tidak realistik kerana negara itu sendiri yang melahirkan pengganas dan agensi sedia ada dalam Malaysia mencukupi.

Pengaruh Arab Saudi juga tidak disenangi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang secara terbuka mengutuk dasar kerajaan negara itu yang menurutnya membiakkan sengketa antara mazhab Sunni dan Syiah.

KLIK VIDEO PANAS: Tun Mahathir ucap terimakasih kagum keberanian Fathia Latiff pertahan 

KLIK BACA: Berani sungguh bekas menteri Indo cadang Tun M dikenakan sekatan sosial?

KLIK BACAAdakah Tun Mahathir akan ditangkap sebelum PRU 14? 

KLIK BACA: Rosmah, 1MDB cuba batal saman Khairuddin tuntut pulang barang kemas Jho Low

KLIK BACA: Pemimpin tidak malu pinjaman bukan diurus Bank Negara tapi bank Yahudi dan terpaksa bayar komisen

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE