Zhang Yang, anggota Suruhanjaya Tentera Pusat, menggantung diri di rumahnya di Beijing. – Foto Mark Schiefelbein/AP

BEIJING – Seorang Jeneral tentera China membunuh diri selepas pihak berkuasa membuka kertas siasatan terhadapnya berhubung kaitannya dengan dua bekas pegawai tentera kanan yang terpalit kes rasuah, lapor media tempatan hari ini.

Zhang Yang, anggota Suruhanjaya Tentera Pusat, menggantung diri di rumahnya di Beijing pada 23 November, lapor agensi berita Xinhua.

Beliau menjadi sebahagian pegawai yang turut terjejas dalam kempen anti rasuah Presiden Xi Jinping, yang menumpaskan 1.5 juta pegawai Parti Komunis daripada pelbagai peringkat dari atas hingga bawah sejak 2012.

Zhang, yang juga pengarah jabatan politik suruhanjaya itu, disiasat berhubung kaitannya dengan Guo Boxiong dan Xu Caihou, dua pegawai kanan tentera yang dipecat daripada Parti Komunis.

Guo, naib pengerusi suruhanjaya itu menjadi pegawai paling kanan dalam Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) yang disabitkan dalam tuduhan rasuah dalam tempoh setengah abad ini, ketika dia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada 2016.

Xu, yang juga naib pengerusi, meninggal dunia kerana kanser pada 2015 ketika siasatan kes rasuah terhadapnya masih berjalan. – AFP

KLIK BACA: Pemimpin tidak malu pinjaman bukan diurus Bank Negara tapi bank Yahudi dan terpaksa bayar komisen

KLIK BACA: Penjelasan LUCU JASA dibayar gaji tinggi dari menteri memang wajar, jangan marah…

KLIK BACA: Haruskah 400 ribu peminjam PTPTN yang disekat ke luar negara mengundi BN?

KLIK BACA: Pemimpin Melayu tidak takut siapapun dalam mengerjakan kemungkaran – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Kenapa Mahfuz lebih JANTAN dari pemimpin PAS

KLIK BACA: Tolonglah bertanding PRU14 Kak Ros jangan kecewakan kami…

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE