Ketua Pengarah Jasa sekarang adalah Datuk Mohd Puad Zarkashi, manakala Menteri Komunikasi dan Multimedia adalah Datuk Seri Salleh Said Keruak. – Foto MalaysiaDateline

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mempersoalkan gaji ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KMM) lebih tinggi daripada gaji seorang menteri persekutuan.

Dr Wan Azizah (PKR-Permatang Pauh) berkata semakan terhadap senarai perjawatan 2018 mendapati gaji maksimum seorang ketua pengarah (Jasa), berdasarkan kod gaji VU7, boleh mencecah RM20,592 sebulan berbanding RM14,907.20 sebulan yang diterima seorang menteri komunikasi dan multimedia.

“Apakah tugas-tugas yang sungguh teristimewa ini mendapat bayaran lebih daripada gaji menteri?” soal Wan Azizah ketika membahaskan belanjawan untuk KMM di Dewan Rakyat.

Wan Azizah turut mempertikaikan keperluan gaji seorang ketua pengarah Jasa melebihi gaji kakitangan awam yang berkhidmat berpuluh tahun.

KLIK BACA: Penjelasan LUCU JASA dibayar gaji tinggi dari menteri memang wajar, jangan marah…

Dalam pada itu, Wan Azizah turut mempersoalkan rasional membayar emolumen RM12.8 juta kepada 272 kakitangan Jasa yang berperanan semata-mata sebagai “jurukempen” Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Bukankah lebih wajar emolumen gaji kakitangan Jasa itu dibayar langsung oleh ibu pejabat Umno dan BN

“Sepatutnya tidak dibayar dengan menggunakan dana awam yang menjadi hasil cukai keringat rakyat jelata termasuk kami dari pihak pembangkang,” katanya.

Antara fungsi Jasa yang ditubuhkan pada 1960 adalah mengatur rancangan dan melaksanakan strategi, program dan aktiviti untuk “mendidik serta menyakinkan” rakyat kepada pemimpin negara.

KLIK BACA: Penjelasan JASA dibayar gaji tinggi dari menteri memang wajar, jangan marah…

KLIK BACA: Pemimpin Melayu tidak takut MALU siapapun dalam mengerjakan kemungkaran – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Tolonglah bertanding PRU14 Kak Ros jangan kecewakan kami…

KLIK BACA: Luahan Razak Baginda kes bunuh Altantuya, Scorpene?

KLIK VIDEO: Azmin dedah layanan baik Sultan Johor…tapi Umno

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share