Gunung Agung di Bali menghamburkan habuk dan asap semalam, kali kedua dalam minggu ini, dilapor setinggi 1.5 km dari puncak. — Foto Reuters

KUALA LUMPUR, 26 Nov ― AirAsia terpaksa membatalkan dua penerbangan hari ini menjadikan 13 kesemuanya ekoran aktiviti terbaru Gunung Agung di kepulauan Indonesia.

Dalam kenyataan syarikat penerbangan itu hari ini, AirAsia memaklumkan beberapa penerbangan dari Bali dan sebaliknya terkesan ekoran aktiviti terbaru gunung berapi itu.

“AirAsia ketika ini menutup koordinasi dengan beberapa pihak berkuasa dan sentiasa membuat penilaian risiko bagi memastikan keselamatan operasi kami,” kata syarikat itu lapor Malay Mail.

Penerbangan yang dibatal atau dijadual semula semalam melibatkan beberapa destinasi iaitu Kuala Lumpur, Singapura, Bangkok dan Jakarta.

Dua penerbangan hari ini yang dibatalkan melibatkan pergi balik ke Darwin, Australia.

KLIK BACA: Luahan Razak Baginda kes bunuh Altantuya, Scorpene?

KLIK VIDEO: Azmin dedah layanan baik Sultan Johor…tapi Umno

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share