PUTRAJAYA tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan ke atas syarikat penerbangan tambang murah AirAsia sekiranya benar syarikat itu tidak menjaga kebajikan pengguna, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Ab. Aziz Kaprawi.

Beliau berkata, perbincangan mengenai isu tersebut telah dibuat bersama Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan ia selari dengan pindaan Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 (Akta 771) bagi melindungi kepentingan pengguna dari caj-caj tidak yang dibuat syarikat penerbangan.

“Ini saya tadi sudah bincang dengan Mavcom untuk ambil tindakan sewajarnya supaya tidak berlaku “profiteering” oleh AirAsia dalam mengambil kesempatan apabila waktu puncak,” katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan untuk Kementerian Pengangkutan di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab desakan Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin terhadap kerajaan supaya lebih tegas memantau polisi syarikat penerbangan tambang murah.

Misalnya kata Bung, AirAsia didakwa tidak bertolak ansur meminta penumpangnya membeli tiket baru walau hanya lewat 10 minit.

Beliau berkata, ia berbeza dengan polisi syarikat penerbangan tambang murah di luar negara yang akan membantu penumpang mereka yang terlepas penerbangan dengan memberi mereka tempat duduk tanpa mengenakan caj.

Bung mendakwa harga tambang AirAsia juga mahal sehingga mencecah RM2,000 dan ia tidak selari dengan dasar syarikat itu sebagai penerbangan tambang murah.

Aziz yang dilihat mempersoalkan kembali dakwaan caj tambang mahal bagaimanapun berkata akan mengambil serius isu tersebut.

“Perkara dibangkitkan Kinabatangan, kebajikan penumpang tidak dijaga AirAsia, penerbangan Kota Kinabalu ke Sandakan sehingga RM2,000. Ada ke (tiket cecah harga) RM2,000 Yang Berhormat?” soalnya.

“Masalah ini akan saya panjangkan kepada Mavcom untuk diambil tindakan sesuai supaya tidak berlaku penindasan kepada pengguna seperti lewat 10 minit kena beli tiket baru, ini semua akan diambil perhatian Mavcom,” katanya lapor The Malaysian Insight.

KLIK BACA: Jawapan balas Tony Fernandes terhadap dakwaan Bung Moktar

KLIK BACA: Luahan Razak Baginda kes bunuh Altantuya, Scorpene?

KLIK BACA: Jangan guna ayat lanun, kata Hadi Awang

KLIK BACAPegawai FBI sebut kes pemandu Gani Patail ditembak

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share