[pullquote_left]Kredit gambar The Star. Semalam seorang warga tua India 65 tahun dihukum gantung kemudian hari ini dua warga iran. Ini semua kerana kemiskinan dan tekanan hidup atau purely crime?

Mereka mungkin terlepas kerana Msia akan kaji di parlimen undang undang gantung menurut menteri Nazri Aziz. Ini kerana ada 150 lebih warga Indonesia yg bakal digantung kerana pelbagai kesalahan yg mungkin menerima bantahan keras Jakarta. Yg dah kena gantung…nasib tak baik[/pullquote_left]SHAH ALAM – Dua beradik wanita warga Iran dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine yang disimpan dalam bengkung dipakai mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Nurchaya Arshad menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Sejurus mahkamah membuat keputusan, Fatemah Zandiyeh Mohammad, 24, dan kakaknya Tahmineh Zandiyeh Mohammad, 26, tidak menunjukkan sebarang reaksi tetapi bapa mereka yang berada di galeri awam dilihat menangis dan hampir rebah.

Fatemah didakwa mengedar 1,489.8 gram methamphetamine di kawasan tuntutan bagasi, Aras 1, Balai Ketibaan KLIA pada 11.30 pagi, 5 Mei 2011.

Tahmineh pula didakwa mengedar 1,497.9 gram dadah jenis sama di tempat, masa dan tarikh sama.

Dua beradik itu didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – BERNAMA

 

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0329&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_19.htm#ixzz2OuwjzgeF
Hakcipta terpelihara

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share