Susulan gempa bumi kuat di sempadan Iran-Iraq Angka terbaharu mendedahkan lebih 400 terkorban dan tujuh ribu lagi cedera dalam gempa berkekuatan 7.3 magnitud itu. Korban tertinggi dicatatkan di Sarpol-E-Zahab, sebuah bandar berhampiran sempadan kedua negara dan di wilayah kermanshah. – Foto Astro Awani

KUALA LUMPUR 14 Nov: Satu kejadian gempa bumi berskala 7.3 Richter telah berlaku di sempadan Iran-Iraq berdekatan wilayah Kermanshah, 680 kilometer dari barat Tehran pada 12 November.

Menerusi satu kenyataan media, Kedutaan Besar Malaysia di Tehran memaklumkan bahawa tiada rakyat Malaysia dilaporkan berada di kawasan gempa bumi itu.

Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut.

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tehran akan terus memantau perkembangan insiden tersebut dari semasa ke semasa. – Bernama

Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

Kedutaan Besar Malaysia, Tehran

No. 25, 2nd Alley, North Zarafshan St.
Eyvanak Blvd., Phase 4
Shahrak Qods (Gharb)
Tehran, Iran

Telefon : (+9821) 8807 2444

(+9821) 8807 8606

E-mel : [email protected]

KLIK BACA: Veteran Umno pertahan Zamihan, gesa Mufti Perlis tutup mulut

KLIK BACA: Siapalah Mahathir tanpa jasa Najib, kata Kamarul Azman bekas ahli PPBM

KLIK BACA: Rosmah, 1MDB cuba batal saman Khairuddin tuntut pulang barang kemas Jho Low

KLIK BACA: Hadi tak berani sebut dalam Umno juga ada penyangak kenapa?

KLIK BACA: Datuk Yeop Adlan: Kalau masuk akaun sendiri RM2.6 bilion macam mana ni?

SHARE