KUALA LUMPUR 14 Nov: Putrajaya hari ini menafikan tuduhan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bahawa Malaysia antara negara yang penipu perdagangan dan bertanggungjawab dalam defisit perdagangan sebanyak AS$50 bilion (RM221 bilion).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Malaysia adalah antara negara perdagangan terbesar di dunia dengan Amerika Syarikat, dan menjalankan aktiviti perdagangan antarabangsa secara adil dan saksama.

“Kerajaan Malaysia tidak memanipulasi mata wang atau memberi sebarang bantuan menyalahi undang-undang antarabangsa seperti ditetapkan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO),” katanya dalam jawapan kepada Ahli Parlimen Selayang, William Leong di Dewan Rakyat hari ini lapor FMT

April lalu, Trump menandatangani perintah eksekutif untuk menghentikan “pengimport luar yang menipu”. Di bawah perintah itu, negara yang mempunyai dagangan tidak seimbang terbesar dengan AS akan diteliti selama 90 hari sementara pentadbiran menyiasat pengeluar, penyedia perkhidmatan, petani dan pengguna untuk mengenal pasti masalah.

Mustapa berkata, beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri sudah memberikan penjelasan kepada Trump sewaktu lawatan kerja ke AS pada 12 September lalu berhubung isu defisit perdagangan ini.

“Statistik perdagangan Malaysia merekodkan AS hanya mempunyai defisit perdagangan sebanyak AS$5 bilion dengan Malaysia sedangkan statistik AS menunjukkan defisit sebanyak AS$25 bilion.

“Perdana menteri dan saya sudah menerangkan bahawa perbezaan data ini adalah disebabkan pihak AS mengambil kira import melalui negara ketiga,” katanya lagi.

Tambahnya, Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Ross sudah menjelaskan penyenaraian Malaysia dalam senarai itu bukanlah satu tuduhan Malaysia lakukan penipuan malah lebih kepada perhitungan ketidakseimbangan dagangan AS dengan Malaysia.

KLIK BACA: Veteran Umno pertahan Zamihan, gesa Mufti Perlis tutup mulut

KLIK BACA: Siapalah Mahathir tanpa jasa Najib, kata Kamarul Azman bekas ahli PPBM

KLIK BACA: Rosmah, 1MDB cuba batal saman Khairuddin tuntut pulang barang kemas Jho Low

KLIK BACA: Hadi tak berani sebut dalam Umno juga ada penyangak kenapa?

KLIK BACA: Datuk Yeop Adlan: Kalau masuk akaun sendiri RM2.6 bilion macam mana ni?

KLIK BACA: Mahathir lebih bijak dari Najib tidak pernah usik hal berkaitan keperluan asas rakyat.

KLIK BACA: 5 kejayaan Najib yang wajib disebarkan ahli Umno dengan bangganya