Timbalan menteri berkata kenyataan Zamihan yang dilihat menghina perdana menteri tidak wajar diutarakan oleh seorang yang dikatkan ‘aset’ penting kerajaan. – Foto FMT

Kuala Lumpur – Kementerian Dalam Negeri (KDN) kecewa dengan sikap penceramah kontroversi Zamihan Mat Zin yang dilihat terus-terusan memperlekehkan amaran dan nasihat yang diberikan oleh pelbagai pihak terhadap kenyataan yang dikeluarkannya.

Timbalan Menteri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kenyataan Zamihan yang dilihat menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, berkaitan pembinaan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP), tidak wajar diutarakan oleh seorang yang dikatakan sebagai ‘aset’ penting kerajaan.

“Kita kecewa kerana sebelum ini dia (Zamihan) telah mencabar institusi diraja, keagamaan dan baru-baru ini Perdana Menteri pula jadi sasarannya. Kita memang tidak mempertikaikan kewibawaan beliau dalam menjalankan tugas di KDN tetapi sebagai seorang pegawai kerajaan, beliau tidak boleh bertindak secara peribadi.

Walaupun Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi pengiktirafan kepada kebolehan beliau, saya tetap mahu dia tutup mulut, berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan dan kalau memang dia tidak boleh menerima dasar kerajaan, dia boleh keluar,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Nur Jazlan berkata demikian ketika mengulas video Zamihan berdurasi 2 minit 27 saat yang viral baru-baru ini yang menyifatkan tindakan perdana menteri membenarkan pembinaan KSCIP sebagai tindakan “kurang cerdik”.

Menurut Nur Jazlan, sebagai pegawai KDN, Zamihan juga perlu berhati-hati dengan kenyataan yang dikeluarkan terutamanya dalam hal berkaitan keganasan dan tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan semula peranan Zamihan di KDN. – Bernama

KLIK BACA: Veteran Umno pertahan Zamihan, gesa Mufti Perlis tutup mulut

KLIK BACA: Siapalah Mahathir tanpa jasa Najib, kata Kamarul Azman bekas ahli PPBM

KLIK BACA: Rosmah, 1MDB cuba batal saman Khairuddin tuntut pulang barang kemas Jho Low

KLIK BACA: Hadi tak berani sebut dalam Umno juga ada penyangak kenapa?

KLIK BACA: Datuk Yeop Adlan: Kalau masuk akaun sendiri RM2.6 bilion macam mana ni?

KLIK BACA: Mahathir lebih bijak dari Najib tidak pernah usik hal berkaitan keperluan asas rakyat.

KLIK BACA: 5 kejayaan Najib yang wajib disebarkan ahli Umno dengan bangganya

SHARE