Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menghentikan langganan beberapa akhbar harian kerana mengambil sikap pro-Umno.

Azmin berkata, Utusan Malaysia dan Berita Harian, yang ditamatkan langganan oleh kerajaan negeri, tidak mempunyai nilai berita, sambil mendakwa kedua-dua akhbar itu menyebarkan fitnah.

“Utusan dan NSTP itu Umno yang punyai, buat apa kerajaan Selangor nak langgan akhbar yang polisinya semata-mata untuk (serang) seteru politik mereka,” kata Azmin merujuk syarikat penerbitan 2 akhbar itu lapor FMT.

Menurutnya, bilangan pembaca kedua-dua akhbar harian itu sekitar 150,000-200,000 “sedangkan Umno ada 3 juta ahli”.

“Jadi eloklah tanya ahli Umno dulu kenapa mereka tak sokong akhbar mereka sendiri.

“Kalau ahli Umno pun tidak sokong Utusan dan NSTP, buat apa kerajaan negeri mahu melanggan akhbar yang tidak ada nilai langsung? Ini wang kerajaan, pembayar cukai, tidak perlu kita langgan akhbar yang tidak ada nilai langsung, yang ada fitnah, putar belit, kecaman tidak berasas.

“Sekarang ini orang Melayu tak baca Utusan, ahli Umno pun tak langgan Utusan,” katanya ketika di Dewan Undangan Negeri Selangor, menjawab soalan tambahan Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi yang mempersoalkan keputusan kerajaan negeri memberhentikan langganan akhbar tersebut.

Azmin berkata rakyat Selangor perlu ada akses kepada ilmu yang beri pencerahan kepada mereka.

“Tapi pencerahan yang saya masudkan adalah berasaskan fakta, bukan fitnah,” tambah Azmin, mengundang reaksi Budiman yang mencelah keputusan menamatkan langganan itu tidak dipatuhi sejak dasar itu diperkenalkan pada 2008, selepas kejatuhan Barisan Nasional (BN).

Azmin menjelaskan, tindakan kerajaan negeri terus melanggan akhbar terbabit adalah untuk memberi peluang kepada Utusan dan Berita Harian memperbetulkan sikap mereka.

Jumaat lalu, kerajaan Selangor mengeluarkan pekeliling mengarahkan semua jabatan, agensi dan anak syarikat kerajaan negeri menghentikan langganan akhbar itu berkuat-kuasa serta-merta.

Arahan membatalkan langganan dan menghentikan iklan dalam akhbar Kumpulan Utusan pertama kali dikeluarkan pada 12 Jun 2008, beberapa bulan selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Selangor.

KLIK BACA: Siapalah Mahathir tanpa jasa Najib, kata Kamarul Azman bekas ahli PPBM

KLIK BACA: Rosmah, 1MDB cuba batal saman Khairuddin tuntut pulang barang kemas Jho Low

KLIK BACA: Hadi tak berani sebut dalam Umno juga ada penyangak kenapa?

KLIK BACA: Datuk Yeop Adlan: Kalau masuk akaun sendiri RM2.6 bilion macam mana ni?

KLIK BACA: Orang asing pinjam nama Melayu beli tanah, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Mahathir lebih bijak dari Najib tidak pernah usik hal berkaitan keperluan asas rakyat.

KLIK BACA: 5 kejayaan Najib yang wajib disebarkan ahli Umno dengan bangganya