Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub mempertahankan Zamihan dari kritikan berhikmah Mufti Perlis Dr Asri.

KUALA LUMPUR 11 Nov – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin tidak layak mempertikaikan kelayakan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Dr. Zamihan Mat Zin selaku pakar pulih pengganas.

Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata, tindakan Dr. Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza itu jelas mempertikaikan perakuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tahu apa Dr. Zamihan lakukan untuk kebaikan tahanan.

Tegasnya, Dr. Maza tidak layak untuk mengeluarkan komen sedemikian kerana beliau sendiri seorang pelampau agama.

“Berbeza dengan Dr. Zamihan yang berusaha memulihkan ‘pelampau’ dan terbukti telah berjaya berbanding dengan Dr. Maza yang ternyata merosakkan akidah orang Islam dengan fahamannya bertentangan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya dalam kenyataan kepada media lapor Malaysia Gazette.

Sebelum ini, Dr. Mohd Asri melalui laman sosial Facebook memuatnaik status [BACA SINI] mempertikaikan pemilihan jurupulih akidah anggota kumpulan pengganas di penjara.

Tanpa menyebut nama jurupulih itu, beliau dilihat merujuk kepada penceramah kontroversi Dr. Zamihan yang baru terpalit dengan isu penggunaan surau untuk menempatkan mangsa banjir bukan Islam di Pulau Pinang baru-baru ini.

Mustapha turut mempersoalkan siapa Dr. Maza untuk mempertikaikan kejayaan polis dan Dr. Zamihan, sedangkan dia hanya seorang mufti yang hanya tahu menghukum halal dan haram mengikut fahaman ekstremnya sahaja.

“Saya nasihatkan Dr. Maza, baik tutup mulut dan berhenti daripada terus mengeluarkan kenyataan dalam hal tidak ada kaitan dengan bidangnya sebagai mufti. Biarlah orang yang tahu dan pakar dalam pemulihan militan sahaja bercakap serta mengulas dalam bidang mereka.

“Dr. Maza juga secara jelas jahil dengan kerja pemulihan tahanan kerana beliau sendiri penyumbang kepada kumpulan pelampau yang suka membidaahkan orang lain yang tidak sealiran dengannya.

“Jagalah akhlak dan kedudukan kamu sebagai mufti supaya tidak merosakkan imej Islam, daripada menjadi seorang manusia yang suka mengadu domba, selain menimbulkan kebencian sesama ummah yang akhirnya membawa kepada perpecahan umat Islam kerana agenda peribadi,” ujarnya.

Nota Ana Ghoib: Apa salah Dr Maza hanya mengkritik untuk mencari bentuk kefahaman yang ideal harmoni bagi muslim Malaysia berbanding beberapa ideologi Zamihan sendiri.

Untuk rekod orang yang lantang Mustapha Yaakub adalah orang yang sama memiliki syarikat didakwa berkaitan Korea Utara dan memberi alasan tidak tahu PBB menyekat urusniaga dengan negara komunis tersebut. – maklumat terdedah berikutan kes pembunuhan Kim Jong Nam.

Untuk rekod juga Zamihan mengakui pernah berborak dengan 4000 Jin [Video Sini] *Nabi Sulaiman sahaja setahu Ana Ghoib memiliki kebolehan ini manakala Nabi Muhammad melihat dan begitu juga para sahabat baginda.

Susunan Berita Mimpi – Ana Ghoib [Malulah sikit mengaku-ngaku manalah tahu yang diborakkan itu iblis setan?]

KLIK BACA: Siapalah Mahathir tanpa jasa Najib, kata Kamarul Azman bekas ahli PPBM

KLIK BACA: Rosmah, 1MDB cuba batal saman Khairuddin tuntut pulang barang kemas Jho Low

KLIK BACA: Hadi tak berani sebut dalam Umno juga ada penyangak kenapa?

KLIK BACA: Datuk Yeop Adlan: Kalau masuk akaun sendiri RM2.6 bilion macam mana ni?

KLIK BACA: Mahathir lebih bijak dari Najib tidak pernah usik hal berkaitan keperluan asas rakyat.

KLIK BACA: 5 kejayaan Najib yang wajib disebarkan ahli Umno dengan bangganya