Kamarulazman Habibur Rahman mendakwa tanpa bantuan Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mungkin dapat mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO selama 22 tahun.

“Kita kena ingat, dia (Mahathir) mempunyai masa yang lama untuk bangunkan negara ini, dia mempunyai masa dan kesetiaan orang-orang di bawahnya.

“Antara orang yang paling setia dengan Tun M semasa beliau menjadi Perdana Menteri ialah Datuk Seri Najib sendiri.

“Kalau tidak kerana Datuk Seri Najib, mungkin Tun M tewas dalam pemilihan Presiden UMNO di tangan Tengku Razaleigh pada 1988,” katanya semasa Forum PPBM Penyebab Kemusnahan Bangsa Siri 1: Penubuhan Bermotifkan Kepentingan Peribadi, seperti dilapor Malaysia Gazette.

Kamarulazman berkata, Mahathir masih mempunyai masa untuk melakukan sesuatu dengan betul termasuk menghentikan serangan peribadi dan politik ke atas Najib.

“Sudah tiba masanya Tun M menyedari bahawa dia tidak semestinya selalu betul. Dia kena bertindak bijak dalam membenarkan Datuk Seri Najib untuk menerajui negara dan memberi sokongan kepada Najib,” jelasnya.

“Melayu berbangga dengan Mahathir, adakah Mahathir cemerlangkan Melayu atau Melayu yang mengangkat Mahathir jadi cemerlang?

“Saya rasa Tun M ini, Melayu terlalu terlebih menilai beliau, kita selalu melihat sesuatu dari sudut fizikal dengan apa prasarana yang disediakan dan sebagainya,” katanya lagi.

Kenyataan media balas oleh penyokong kuat Tun Mahathir, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah dengan sedikit suntingan:

Pada pandangan saya kenyataan Cikgu Kamarul Azman Habibur Rahman tak betul!! Andaian bekas Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) salah sama sekali!!

Bekas pengasas parti PPBM inilah yang memaki-hamun serta menyerang kemungkaran Najib Tun Razak secara amat keras pada suatu masa dahulu tetapi kini kenapa nadanya berlainan pula!!

Siapa kita nak suruh Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah memimpin negara selama 22 tahun secara gemilang untuk sokong Perdana Menteri Kerajaan Kleptokrasi?!

Kita nampak ke hadapan hanya untuk 10 tahun tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad boleh nampak 100 tahun ke depan!!

Bukan taraf kita untuk ajar Tun Dr Mahathir Mohamad apa nak buat dalam bidang politik!!

Sebenarnya, tanpa Tun Dr Mahathir Mohamad; siapalah Najib Tun Razak!! Kemungkinannya beliau tidak boleh jadi Perdana Menteri!!

Pada waktu Abdullah Ahmad Badawi jadi Perdana Menteri; budak-budak tingkat empat Pejabat Perdana Menteri yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin mahukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu!!

Abdullah Ahmad Badawi pun kelihatan mahukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri sebab itu Pak Lah Badawi mengambil masa berbulan untuk melantik timbalannya.

Namun, sebagai manusia yang mengenang budi serta jasa Tun Abdul Razak maka Tun Dr Mahathir Mohamad melobi serta mendesak Pak Lah Badawi untuk lantik Najib Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Berkat usaha Tun Dr Mahathir Mohamad; dengan izin Allah SWT akhirnya Najib Tun Razak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berusaha mendesak Pak Lah Badawi untuk memertabatkan Najib Tun Razak sebagai timbalannya maka pada hari ini kemungkinannya Najib Tun Razak masih lagi menjadi Menteri Kabinet saja!!

Sebab itu saya kata Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri yang sedang memimpin kerajaan kleptokrasi tidak mengenang budi Tun Dr Mahathir Mohamad!!

Perdana Menteri ini juga tidak amanah dengan melanggari angkat sumpah jawatannya!! Sebab itulah Tun Dr Mahathir Mohamad amat kecewa dengan Najib Tun Razak!!

Kuncu-kuncunya khususnya Jho Low telah songlap duit syarikat 1MDB puluhan bilion sepertimana yang dilaporkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

Atas dasar ini jugalah, saya sedang menyaman dan mengheret Najib Tun Razak serta Zahid Hamidi ke mahkamah kerana tidak amanah dan melanggari angkat sumpah jawatan mereka!!

Pada hari ini dalam apa jua situasi; Najib Tun Razak telah terhutang budi dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada hakikatnya!!

Ini fakta sejarah yang tidak boleh dipadamkan atau dinafikan oleh sesiapa pun!!

Ingatlah Najib Tun Razak; sekiranya kita tak mampu nak berbudi, tak mampu nak balas budi, adalah memadai dengan kita hanya mengenang budi!!

Malangnya, Perdana Menteri tidak mempunyai nilai-nilai ini langsung!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat
11 November 2017 – Sumber: DSKAH Facebook

KLIK BACA: Rosmah, 1MDB cuba batal saman Khairuddin tuntut pulang barang kemas Jho Low

KLIK BACA: Hadi tak berani sebut dalam Umno juga ada penyangak kenapa?

KLIK BACA: Datuk Yeop Adlan: Kalau masuk akaun sendiri RM2.6 bilion macam mana ni?

KLIK BACA: Mahathir lebih bijak dari Najib tidak pernah usik hal berkaitan keperluan asas rakyat.

KLIK BACA: 5 kejayaan Najib yang wajib disebarkan ahli Umno dengan bangganya

KLIK BACA: Clare dedah dakwaan kemewahan pemimpin PAS di mahkamah London – Datuk Kadir Jasin