Pekerja kontrak dari China yang disyaki terlibat dalam kegiatan judi dan cuba menyerang polis kemudian ditahan. – Foto Utusan Online.

KUALA LUMPUR 12 Nov — Tujuh anggota polis terpaksa melepaskan tembakan amaran apabila diserang sekumpulan 30 warga asing.

Tembakan dilepaskan ketika polis memeriksa premis yang disyaki mengadakan kegiatan judi di Jalan Abaraham Off Jalan Khoo Teik Ee, jam 10.30 malam tadi, lapor Metro.

Ketua polis daerah Dang Wangi berkata kumpulan lelaki tersebut dikatakan cuba menghalang polis dari membuat pemeriksaan di premis yang diduduki sekitar 200 warga China.

“Untuk mempertahankan diri, mereka terpaksa melepaskan empat das tembakan ke udara sementara menunggu bantuan tiba ke lokasi,” kata ACP Shaharudin Abdullah, seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata hampir 50 pekerja kontrak dari China yang disyaki terlibat dalam kegiatan judi dan cuba menyerang polis kemudian ditahan.

Mereka disiasat bawah Seksyen 147/363 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 6, Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

KLIK BACA: Hadi tak berani sebut dalam Umno juga ada penyangak kenapa?

KLIK BACA: Datuk Yeop Adlan: Kalau masuk akaun sendiri RM2.6 bilion macam mana ni?

KLIK BACA: Orang asing pinjam nama Melayu beli tanah, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Mahathir lebih bijak dari Najib tidak pernah usik hal berkaitan keperluan asas rakyat.

KLIK BACA: 5 kejayaan Najib yang wajib disebarkan ahli Umno dengan bangganya

KLIK BACA: Clare dedah dakwaan kemewahan pemimpin PAS di mahkamah London – Datuk Kadir Jasin