Home Politik DAP Datuk Yeop Adlan: Kalau masuk akaun sendiri RM2.6 bilion macam mana ni?

Datuk Yeop Adlan: Kalau masuk akaun sendiri RM2.6 bilion macam mana ni?

395
Bekas diplomat Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai duta negara di Mexico, Brazil, Argentina dan beberapa negara Afrika Datuk Yeop Adlan sertai DAP.

KUALA LUMPUR 10 Nov – Dengan pengalaman sebagai pegawai diplomatik Datuk Yeop Adlan Che Rose, 74, menggunakan analogi tersendiri untuk menggambarkan sebuah negara yang mampu membangun dengan kerjasama pelbagai kaum.

Diminta mengulas mengenai cakap-cakap pemimpin Umno mengenai dominasi DAP, bekas anggota PAS itu sebaliknya menjawab dengan pertanyaan: Apa salahnya?

“Kalau beri (DAP) menerajui dan menunjukkan kebolehan, apa salahnya? Apa kita takut?

“Macam pasukan bola sepak. Kalau dulu pasukan bola Malaysia masyhur, siapa kapten (pasukan)? (Datuk) Soh Chin Aun. Tak ada apa-apa (masalah pun), Abdullah Nordin boleh bermain di sebelah Chin Aun, (Datuk) Santokh Singh bermain di belakang beliau,” ujarnya ” katanya seperti dilapor roketkini hari ini.

Bekas pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar itu pernah menyertai PAS ketika parti berkenaan menjadi tumpuan golongan profesional yang tertarik dengan pendekatan sederhana di bawah pimpinan Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Yeop Adlan yang juga bekas calon Pas bagi kawasan parlimen Hulu Langat pada pilihan raya umum (PRU) 2004 menyifatkan kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP bersama rakan-rakan komponen Pakatan Harapan (PH) sebagai satu-satunya kerajaan negeri yang bersih, cekap dan amanah.

“Pulau Pinang 50 tahun dipegang oleh BN, apa dia buat? Tak ada perancangan, kelam kabut, sesak, begitu begini dan sebagainya. Terutamanya tempat makan, dengan tikusnya, kotor, masyhur sebagai bau sampah.

“Tetapi (DAP) ambil dua penggal sahaja. Tengok, sudah bersih. Kerajaan yang waras dengan perbelanjaan. Tutup bocor (pembaziran), tak ada tiris. (Pelaksanaan) tender terbuka. Dia (kerajaan) belanja, tapi dengan baik.

“Hutang dah turun, daripada RM680 juta tinggal RM66 juta sahaja. Yang paling tinggi sekali (hutang) Pahang (iaitu) RM2.3 bilion,” ujarnya.

Politik Melayu

Bagi Yeop Adlan, orang Melayu tidak perlu bimbang dengan pembabitan DAP dalam PH kerana gabungan itu juga turut disertai parti-parti majoriti Melayu seperti PKR, AMANAH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Gejala rasuah, bagi Yeop Adlan, adalah perkara utama yang harus diberikan perhatian dan dibendung secara komprehensif oleh kerajaan bagi memastikan pentadbiran negara sentiasa bersih dan kemakmuran dapat dinikmati oleh rakyat.

Bagaimanapun beliau kesal pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal menjalankan tanggung jawab untuk menyiasat skandal mega penyelewengan dana 1MDB yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri.

“Kalau dah masuk dalam akaun sendiri (peribadi) sampai RM2.6 bilion macam mana ni? Ini dah rekod dunia!” tegasnya sambil menyifatkan siri tangkapan berprofil tinggi yang dilakukan SPRM sejak akhir-akhir ini sebagai hanya “wayang kulit” semata-mata”, katanya dalam wawancara Roketkini tersebut.

Beliau memberi contoh Indonesia di bawah pentadbiran Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan Singapura hasil kepimpinan mendiang Lee Kuan Yew yang menurutnya lebih serius dalam menangani budaya rasuah.

Malah katanya, rakyat akan bangkit melawan pemerintah yang rasuah sekiranya kesan daripada gejala itu benar-benar dapat dirasai oleh orang ramai melalui peningkatan kos sara hidup dan sebagainya.

KLIK BACA: Rosmah, 1MDB cuba batal saman Khairuddin tuntut pulang barang kemas Jho Low

KLIK BACA: Siapalah Mahathir tanpa jasa Najib, kata Kamarul Azman bekas ahli PPBM

KLIK BACA: Hadi tak berani sebut dalam Umno juga ada penyangak kenapa?

KLIK BACA: Mahathir lebih bijak dari Najib tidak pernah usik hal berkaitan keperluan asas rakyat.

KLIK BACA: 5 kejayaan Najib yang wajib disebarkan ahli Umno dengan bangganya

KLIK BACA: Clare dedah dakwaan kemewahan pemimpin PAS di mahkamah London – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACAPutera Turki berkait 1MDB dan Jho Low ditahan. Skandal akan terbongkar di Arab Saudi?