Kenaikan harga minyak sering dikaitkan dengan Najib walhal beliau mengaku sebagai PM tiada kuasa menentukan namun disanggah oleh Rafizi [Baca SINI] – Foto ihsan FMT

oleh Shahbudin Husin | 8 November, 2017

Hari ini harga minyak menaik lagi sebanyak 7 sen bagi Ron95 dan 6 sen bagi Ron97, suatu kadar tertinggi sejak penetapan harga mingguan diperkenalkan kerajaan.

Dengan demikian, mulai 12 tengah malam nanti, harga baru bagi Ron95 ialah RM2.31 sen seliter dan RM2.60 sen bagi Ron97.

Sejak petang tadi, banyak kenderaan beratur di stesen-stesen minyak untuk mengambil kesempatan mengisi petrol pada kadar lama bagi bekalan sehari dua sebelum ia meningkat kepada harga baru mulai tengah malam ini.

Berdasarkan rekod, sejak 13 Julai lalu, harga petrol Ron95 iaitu yang merupakan kegunaan rakyat biasa telah mengalami kenaikan sebanyak 14 kali dengan jumlahnya 49 sen dan hanya turun 3 kali atau sebanyak 8 sen.

Siapakah yang menarik subsidi minyak dan menggantikannya dengan penetapan berdasarkan harga pasaran?

Harga minyak 3 kali turun = 8 sen berbanding 14 kali naik = 49 sen

Bagaimana jika kenaikan ini berterusan lagi untuk minggu-minggu seterusnya dan bolehkah rakyat terus bersabar jika harganya mencecah sampai RM2.50 sen atau RM2.70 sen seliter?

Kepada Annuar Musa dan jentera penerangan UMNO, tidakkah kenaikan harga minyak yang berterusan ini merupakan satu lagi cerita kejayaan Najib yang wajar disebar-luaskan kepada orang kampung dan makcik-makcik Felda?

Mampukah rakyat bergembira dengan kenaikan ini atau lebih ramai jadi tertekan dan diserang darah tinggi?

Apa pun, setiap kali ada kenaikan harga minyak, ingatlah kepada Tun Mahathir dan Pakatan Harapan yang antara lain menjanjikan harga minyak yang lebih stabil dan munasabah bagi rakyat kiranya mereka memerintah negara ini. *PM tiada kuasa menentukan namun disanggah oleh Rafizi [Baca SINI]

KLIK BACA: 5 kejayaan Najib yang wajib disebarkan ahli Umno dengan bangganya

KLIK BACA: Clare dedah dakwaan kemewahan pemimpin PAS di mahkamah London – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Rosmah tak dendam bersalam dengan Guan Eng semasa lawat Banjir Pulau Pinang

KLIK BACA: Selama ini rakyat tidak mengeluh dan membantah bayar cukai ada Najib peduli?

KLIK BACAPutera Turki berkait 1MDB dan Jho Low ditahan. Apakah skandal akan terbongkar di Arab Saudi?

KLIK BACA: Hadi pula akhirnya bawa Najib ke mahkamah?