Datuk A Kadir Jasin mendakwa Abdul Hadi Awang lebih berani daripada Najib Razak kerana menyaman Clare Rewcastle-Brown pemilik Sarawak Report susulan tuduhan PAS menerima wang RM90 juta.

Datuk A Kadir Jasin – Foto The Malaysian Times

oleh A Kadir Jasin | 5 November, 2017

KEMEWAHAN hidup golongan nouveau riche (orang kaya baru) Parti Islam Se Malaysia (PAS) sedang didedahkan di mahkamah Inggeris di London akibat saman malu (Datuk Seri) Haji Abdul Hadi Awang ke atas Clare Rewcastle-Brown.

Dalam dokumen pembelaannya, Clare Brown telah mendedahkan kekayaan pemimpin elit PAS yang didakwanya diperoleh hasil sumbangan Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak.

Pengarang portal berita Sarawak Report itu mendakwa PAS menerima RM90 juta daripada Najib. Abdul Hadi menafikan tuduhan itu dan menuntut supaya Clare Brown memohon maaf. Apabila Clare Brown enggan, Abdul Hadi mengemukakan saman fitnah terhadapnya.

Dakwaan kekayaan dan gaya hidup mewah bapak-bapak kepala PAS hasil “sedekah” Najib itu disenaraikan dengan panjang lebar oleh Clare Brown dalam kenyataan pembelaannya.

Bagi pihaknya pula, setelah membisu sekian lama, Najib, pada hari Sabtu (4 November), memecah kesunyian dengan membuat kenyataan “mana de?” bagi menafikan dakwaan Clare Brown itu.

“Mana ada saya buat, sebab Clare pun dah gelabah sekarang,” katanya dalam satu perhimpunan Umno di ibu negara.

Hadi Buka Pintu Kuala

Tidak kurang menarik ialah saman Abdul Hadi itu memberi peluang kepada Clare Brown menceritakan dengan panjang lebar kepada Mahkamah Inggeris asal usul 1MDB dan skandal yang melandanya.

Malah kisah pembelian kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya Shaariibuu pun turut dinukilkannya.

Begitu teliti dan panjang lebar hujah balas Clare Brown itu sehingga nama Ahmad Maslan 3.8, Ahmad Bashah (lena) Hanipah dan ramai lagi penyokong tegar Najib pun dibabitkan sama.

Hendak mudahkan cerita, sekiranya ada pembahas dan pelawat yang berminat dan ada masa bolehlah cuba baca dokumen Clare Brown itu DI SINI.

Apa pun saya tabik spring kepada Tuan Guru kerana mengotakan apa yang dia kata. Dia kemukakan saman ke atas Clare Brown dan Sarawak Report – tidak macam Pahlawan Bugis Najib yang ancam saman Wall Street Journal sudah lebih 120 Selasa tapi tidak buat apa-apa.

Jelaslah Abdul Hadi lebih jantan daripada Najib tapi saya tidak berani kata siapa lebih cerdik.

Percubaan Sekat

Tapi ada percubaan oleh PAS bagi menakutkan media massa dan peserta media sosial dengan ancaman akan saman sesiapa yang siarkan hujah Clare Brown itu.

Tak tahulah sama ada PAS tak tahu atau sekadar gempar. Kalau PAS parti yang alim (berilmu), ia tentu tahu bahawa segala-gala yang berlaku dalam mahkamah boleh dilaporkan melainkan ditegah oleh hakim perbicaraan.

Malah wartawan yang buat liputan mendapat keistimewaan bersyarat (qualified privilege) daripada mahkamah macam juga apabila mereka membuat laporan sidang Parlimen.

Tapi saya fahamlah percubaan menakut-nakutkan itu sebab apa yang didedahkan oleh Clare Brown dalam pembelaannya sangatlah mengejutkan kerana nampaknya ramai ketua PAS kaya dan mengamalkan gaya hidup mewah yang luar biasa.

Orang PAS yang hidup susah dan terpaksa pula menggali kocek menderma kepada parti tentulah tertanya-tanya daripada mana ketua-ketua mereka dapat duit begitu banyak untuk hidup sedemikian mewah.

Atau mereka mungkin berasa tertipu selama ini menderma kerana menganggap parti mereka miskin sedangkan ketua-ketua mereka hidup mewah dengan kereta mahal dan rumah jutaan ringgit.

Clare Brown mendakwa sumber kekayaan itu datangnya Presiden Umno Najib Abdul Razak hasil skandal 1MDB.

Kalau betul dakwaan itu, sekarang fahamlah kita pasal apa Tuan Guru Haji Abdul Hadi sangat akrab dengan “Bapa Pembangunan India” itu.

Najib dan Khalifah Baghdad

Kisah cinta lara Najib-Abdul Hadi ini mengingatkan saya kepada cerita-cerita yang saya baca mengenai serangan dan pemusnahan kota Baghdad oleh tentera Mongol di bawah pimpinan Hulagu Khan pada tahun 1258. Hulagu adalah cucu Genghis Khan.

Khalifah Abbasiyah pada waktu itu ialah Al-Musta’sim yang keturunannya telah memerintah selama 626 tahun sejak Masihi 632.

Dia digambarkan sebagai seorang pemerintah yang tidak berkesan dan dikelilingi oleh penasihat yang saling bertelingkah antara satu sama lain.

Malah pada hari-hari terakhir pemerintahannya – ketika dikepung oleh tentera Mongol – dia dikhianati oleh Perdana Menterinya sendiri.

Ada dua versi mengenai kematian Al-Musta’sim. Pertama, apabila Hulagu masuk istana Al-Musta’sim, dia mendapati ia dipenuhi emas permata. Dalam perkiraan Hulagu, kekayaan itu sepatutnya digunakan untuk memperkukuhkan pertahanan kota Bahghad.

Lantas Hulagu mengurung Al-Musta’sim di dalam bilik di mana dia menyimpan emas permatanya. Hulagu menyuruhnya makan emas pertama di dalam bilik itu. Al-Musta’sim akhirnya mati kebuluran.

Kedua, Hulagu tidak mahu menumpahkan darah seorang pemerintah maka dia mengarahkan askarnya membungkus Al-Musta’sim dengan permaidani paling mahal dalam istananya dan mengarahkan askar berkuda memijaknya sampai mati.

Kerana lemah dan dikelilingi oleh penasihat yang bergaduh sesama sendiri, Al-Musta’ṣim hilang peluang untuk selamatkan Baghdad.

Dia tidak mempedulikan beberapa tuntutan yang dibuat oleh Hulagu sebaliknya membalas dengan cakap besar dan ancaman kosong.

Moral cerita kejatuhan Baghdad ialah seorang khalifah (ketua) boleh mengelilingi dirinya dengan ramai penasihat dan emas permata.

Tetapi kalau penasihat yang ramai itu daripada jenis yang mementingkan diri sendiri dan kekayaan negara digunakan untuk kesenangan diri atau memberi rasuah, pemerintah itu lambat laun akan jatuh dalam kehinaan.

Apabila mendengar berita Al-Musta’sim sudah mati, 300 orang pembesarnya menyerah diri dan mengakui setia kepada Mongol. Hulagu menerima penyerahan diri mereka dan memerintahkan supaya mereka dipancung.

Ahli falsafah George Santayana berkata, “those who do not remember the past are condemned to repeat it”. Mereka yang lupa masa lampau akan mengulangi kesilapan masa lalu.

Wallahuaklam.

*Datuk A Kadir Jasin adalah bekas ketua pengarang NST dan tokoh wartawan negara. Artikel pertama kali disiarkan di blog beliau The Scribe adalah pendapat peribadi penulis yang tidak semestinya mewakili pendirian MalaysianReview.

Nota Ana Ghoib: Thoha Putrajaya – Allah menerangkan punca kerasnya hati umat Yahudi seperti batu kerana satu peristiwa – FirmanNya: Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan. – (Al-Baqarah 2:72)

Rancangan jahat mahukan kemuliaan di dunia

Firman Allah: Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan.

Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik, dan amal yang soleh pula di angkatnya naik.

Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa. – (Faatir 35:10)

Akhir kalam firmanNya: Itulah ayat-ayat penerangan Allah yang kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) kerana menegakkan kebenaran; maka dengan perkataan yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya (mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)? – (Al-Jaathiyah 45:6)

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan aneh…#Altantuya #BaniMelayu #AkhirZaman – Inilah penjelasan perkara yang kamu tidak sabar mengenainya!

KLIK BACA: Hadi pula akhirnya bawa Najib ke mahkamah?

KLIK BACA: Orang asing pinjam nama Melayu beli tanah, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Mahathir lebih bijak dari Najib tidak pernah usik hal berkaitan keperluan asas rakyat.

KLIK BACA: 5 kejayaan Najib yang wajib disebarkan ahli Umno dengan bangganya

KLIK BACAPutera Turki berkait 1MDB dan Jho Low ditahan. Skandal akan terbongkar di Arab Saudi?

KLIK BACA: Selama ini rakyat tidak mengeluh dan membantah bayar cukai ada Najib peduli?

KLIK BACA: Rosmah tak dendam bersalam dengan Guan Eng semasa lawat Banjir Pulau Pinang

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE